ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Friday, January 8, 2016

Sunday, March 3, 2013

PROGRAM DAT 6A SESI DIS 2012

Lawatan Ilmiah ke Malaysian Institute of Accounting (MIA) dan Malaysian Accounting Standard Board

Oleh : Nur Hafiza (DAT6A)


Pada 24 Januari 2013, hari Khamis yang lalu, Kelas DAT6A Diploma Akauntansi, Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai, telah mengadakan lawatan ilmiah ke Malaysian Institute Of Accounting (MIA) dan Malaysian Accounting Standard Board (MASB) yang bertempat di Kuala Lumpur. Lawatan ilmiah ini adalah selama 2 hari 1 malam iaitu pada 24 Januari 2013 sehingga 25 Januari 2013. Seramai 40 orang pelajar kelas DAT6A beserta 2 orang pensyarah pengiring iaitu Cik Nor Dasreena Shukria dan Cik Azizah telah terlibat dalam lawatan ini.

Lawatan ilmiah dimulakan ke MASB dimana lawatan ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Sebahagian peserta bergambar dihadapan pintu masuk MASB

Para peserta khusyuk mendengar taklimat daripada penceramah

Sesi taklimat bersama pihak MASB berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati daripada pihak Politeknik Seberang Perai yang diwakilkan oleh Cik Nor Dasreena Shukria.

Pada sebelah petang pula, sesi taklimat bersama pihak MIA pula berlangsung.
Penceramah dari MIA sedang memberi penerangan ringkas tentang kelayakan untuk menjadi ahli MIA.

Para peserta tertarik dengan penerangan yang menarik oleh penceramah

Sebahagian peserta bergambar kenang-kenangan dihadapan pintu masuk MIA.


Setelah tamat sesi taklimat daripada pihak MIA, peserta bertolak pulang ke Politeknik Seberang Perai.

Tuesday, October 23, 2012

REBRANDING DATARAN KEUSAHAWANAN

Tarikh : 10.3.2012

Aktiviti :
PERASMIAN YOUTH ENTREPRENEUR STATION (YES)


Usaha pelajar usahawan PSP membaikpulih kerusi dan meja di Dataran @ YES

Selesa..

Dataran Usahawan now Youth Entrepreneur Station (YES)..untuk aktviti perniagaan dan keusahawanan di PSP..terbuka untuk semua pelajar tak kira bekas pelajar atau pelajar PSP

Pertandingan RP Sesi Dis 2011

Ruang niaga..

Gerai jualan semasa Majlis Perasmian YES


Berminat ..melihat demo cup cakes...

Demo oleh Puan Isratun...kelihatan pelajar PAT 6 berminat untuk mempelajari tatacara buat cup cakes

Macam2 ada...


Demo Deco Patch..oleh Puan Liza..


Pertandingan pembarisan yang disertai oleh pelajar sem 1...

Perasmian oleh YB Dato' Ariff Shah...terima kasih

ACCOUNTING BOOT CAMP - SIRI 5

LAPORAN PROGRAM ACCOUNTING BOOT CAMP SIRI 5 DI DUSUN RESORT KUALA NERANG, KEDAH PADA 9 – 10 MAC 2012.

Disediakan oleh : Cik Noor Dasreena Shukria Abdul Shukur

Bagi meningkatkan keyakinan diri, melahirkan pelajar yang lebih aktif, kreatif, inovatif dan cemerlang, pensyarah-pensyarah di bawah Diploma Akauntansi bercadang mengadakan dan meneruskan legasi program Accounting Boot Camp Siri 5 pada 9 hingga 10 Mac 2012. Program ini dikendalikan oleh Pensyarah sebagai fasilitator dan julung kali dikendalikan bersama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri sebagai penceramah bebas. Pihak MKN telah menamakan semula program ini sebagai ABC Siri 5: Perancangan Kerjaya Transformasi Diri.

Program di bawah seliaan NOPAC ini terdiri daripada aktiviti holistik yang merangkumi slot ceramah motivasi, permainan kreatif, perbincangan, perkongsian informasi, pemikiran kritis dan lain-lain yang berkaitan dalam melahirkan pelajar beriman, berbudi, cemerlang serta berbakti. Manakala bagi pihak MKN, pelaksanaan program ini telah dirangka khas untuk meningkatkan kualiti modal insan agar dapat merancang hala tuju kerjaya peserta selari dengan objektif kerajaan untuk melahirkan graduan yang Berjaya

Program ini telah melibatkan 44 pelajar dari Politeknik Seberang Perai yang merupakan pelajar semester akhir di peringkat Diploma Akauntansi. Pelajar-pelajar ini adalah dari kalangan keluarga yang berpendapatan kurang dari RM3,000.00 dan berpotensi untuk Berjaya. Pensyarah-pensyarah Diploma Akauntansi yang terlibat ialah Pn Nor Hasni Binti Haron, Pn Sarimah Binti Ismail, Cik Noor Dasreena Shukria Binti Abdul Shukur, Pn Nor Azila Binti Abdullah, Pn Salinah Binti Salleh dan Cik Nurhashimah Binti Mohamed Fauzi sebagai fasilitator. Pihak MKN yang terlibat menjayakan program ini ialah Encik Noor Dasrafeezal bin Abdul Shukur, Encik Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Arif, Encik Saiyed Mohd Akhbarino bin Saiyed Mohd Akhir, Encik Badrulhisham bin Baharuddin, Encik Yusri Hakim bin Yeop, Cik Siti Julaiha binti Selamat dan Pn. Nor Hafiza binti Ahmed Esa (Guru Bimbingan & Kaunseling).

Berikut adalah susunatur program yang telah dijalankan.

9/3/2012 (Jumaat)

11.30 pagi Berkumpul di Foyer JP
12.00– 2.00 petang Bertolak ke Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah
2.30 – 3.30 petang ‘Check in’ dan solat Zohor
3.30 – 4.00 petang Pendaftaran
4.00 – 4.30 petang Taklimat Program
4.30 – 5.30 petang Minum Petang / Solat Asar
5.30 – 7.00 petang Ice Breaking
7.00 – 8.30 malam Makan Malam / Solat Maghrib / kuliah mahgrib
8.30 – 10.00 malam Pembentangan Perancangan Kerjaya
10.00 – 10.30 malam Accounting and Management Game 1
10.30 malam Minum Malam / Solat Isyak/ Berehat

10/3/2012 (Sabtu)

6.00 – 7.30 pagi Solat Subuh / Senaman Pagi
7.30 – 8.15 pagi Sarapan Pagi
8.15 – 10.15 pagi LIDK 1 (Analisis SWOT)
10.15 – 10.30 pagi Minum Pagi
10.30 – 12.30 tengahari Rancangan Kerjaya Saya (RKS)
12.30 – 2.00 petang Makan Tengahari / Solat Zohor
2.00 – 4.30 petang Accounting and Management Game 2 & 3
4.30 – 5.00 petang Majlis Penutup dan Bersurai

Program ini telah berjaya dilaksanakan seperti perancangan awal serta mendapat sokongan jitu dari semua pihak yang terlibat. Pelaksanaan program ini amat berlainan dari yang ABC Siri 1 -4 kerana ABC Siri 5 ini telah dilaksanakan bersama-sama dengan pihak luar dan secara tidak langsung, ianya memberi kesan positif kepada para pelajar dan juga ianya lebih merapatkan hubungan di antara pensyarah dengan penjawat awam yang lain bidang. Pihak MKN juga memberi berpandangan bahawa program seumpama ini harus sentiasa dilaksanakan bagi membuktikan bahawa nilai-nilai murni harus diterap khususnya bagi para pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan kelak. Ia juga memberi pendedahan awal kepada para pelajar dalam merancang pembangunan kerjaya mereka serta mencari pelbagai peluang yang terdapat dalam industri pekerjaan yang sebenar. Selain dari itu, para pelajar dengan pihak luar juga kelihatan selesa dan mudah bagi berinteraksi dan memberi idea serta berkongsi pendapat dari pelbagai sudut dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

KERJA KERJA KERJA

Assalam readers...

Mau kerja di bidang anda..sila masuk dalam www.mohe.gov.my or click jer pautan di bawah


CONTOHNYA...........

Advertised:22-10-12

Closing Date:21-11-12

SWIFT ENERGY GROUPOF COMPANIES started in Malaysia at the turn of the new millennium, specializing in intelligent engineering solutions for the oil and gas, manufacturing and process controls industries.

The Swift Group has now begin its outward push to become a dominant player in the Asia Pacific. With Malaysia as its hub of operations, the Group is building its overseas network. Now, over 50% of Swift’s home grown engineered solutions are exported to China, India, South East Asia, Japan, Taiwan, Bangladesh, Ukraine, Ghana, Nigeria, Egypt, USA , Germany, Ecuador, New Caledonia, Congo, Singapore, Vietnam & Iran. Armed with its recently acquired MSC status, Swift is poised to tap into other strategic locations in South East Asia and beyond. Indeed, we believe that the most exciting period of growth is yet to come.

As part of our aggressive growth plan, we are seeking dynamic and highly motivated key individuals be a part of SWIFT ENERGY GROUP OF COMPANIES in their fast growing & challenging job market. We offer competitive salaries and benefits, growth opportunities and continuous training and development opportunities.

Temporary Accounts Assistant (Contact Basis)
Selangor

Responsibilities:

•Ability to keep full set will be advantage.
•Update sales invoices, payment vouchers, filing.
•Prepared cheque, PO matching with supplier invoice.
•Bank reconciliation.

Requirements:

•Candidate must possess at least a Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma in Finance/Accountancy/Banking or equivalent. LCCI qualifications.

•Preferably 1-2 years of working experience.

•Fresh graduates/Entry level applicants are encouraged to apply.

•Preferably junior executives specializing in finance-general/cost accounting or equivalent.

•Able to work independently, hardworking, good interpersonal skills and team spirit.

•Required language(s) : Bahasa Melayu, English.

•Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant residence status.

•Those students who just completed their Certificate or /Diploma and waiting for result are also encourage to apply

Important Note : The Company will be relocated to Bukit Kemuning, section 34 in December 2012



Thursday, October 18, 2012

CORPORATE TAXATION REVIEW

CORPORATE TAXATION REVIEW – Wisely Manage your Company Tax Liability
Disediakan oleh : ADIEBAH BINTI AHMAD

Pada 11 Oktober 2012 baru-baru ini telah berlangsung program di bawah seliaan semua pelajar Diploma Akauntansi Semester 6, Politeknik Seberang Perai iaitu CORPORATE TAXATION REVIEW – Wisely Manage your Company Tax Liability.

Antara objektif program ini adalah untuk :

a) Memberikan pengetahuan lanjutan berkenaan dengan pencukaian bagi syarikat kepada semua peserta.
b) Mendedahkan dan mempelajari mengenai perancangan percukaian syarikat di mana ia adalah untuk mengurangkan cukai kena bayar secara sah.
c) Meningkatkan pengetahuan dan mengenalpasti input baru kepada semua pelajar yang mempelajari pencukaian. (berdasarkan kepada Bajet 2013)

Berikut adalah pengisian program :

10.00 a.m                : Pendaftaran Peserta
10.30 a.m                : Ketibaan Penceramah & Jemputan
11.00 a.m                : Sesi 1 : Pencukaian Bagi Syarikat (Corporate Taxation)
                                 Oleh : Puan Saniza Binti Said (Saniza & Associates)
12.30 p.m                : Rehat, Solat dan Jamuan Tengahari
2.00 p.m                  : Pendaftaran Peserta
2.30 p.m                  : Sesi 2 : Perancangan Pencukaian untuk Syarikat (Tax Planning : Company)
                                 Oleh : Puan Saniza Binti Said (Saniza & Associates)
4.00 p.m                  : Majlis Penutup oleh Ketua Jabatan Perdagangan
                                 Penyampaian cenderahati
                                 Bersurai

Program ini telah disertai oleh 185 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Politeknik Seberang Perai (PSP), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), pensyarah-pensyarah dan Encik Mohd Azhar dari Syarikat Hussain Chik Sdn. Bhd. (wakil syarikat).

Penceramah jemputan adalah Puan Saniza Said yang merupakan Akauntan Bertauliah dari Saniza & Associates, Seberang Jaya Pulau Pinang, Beliau mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan, pengauditan, pencukaian dan kesetiausahaan. Antara yang disentuh dalam program ini adalah berkaitan pencukaian untuk syarikat secara umum, perancangan cukai bagi syarikat dan ulasan bajet 2013 yang berkaitan dengan individu dan syarikat secara khususnya.

Pengiraan liabiliti cukai kepada syarikat adalah bergantung kepada perbelanjaan yang dilakukan. Sekiranya banyak perbelanjaan yang dilakukan adalah tidak dibenarkan, maka lagi tinggi cukai yang perlu dibayar. Oleh itu semua syarikat perlu tahu apa yang dibelanjakan oleh syarikatnya dan memastikan ia adalah dibenarkan. Misalnya pemberian insurans kepada pekerja perlu dimasukkan dalam bentuk elaun kepada pekerja, belanja kepada pengarah perlu diubah menjadi elaun pengarah, tidak melakukan perbelanjaan yang bersifat domestik dan persendirian dan sebagainya.

Manakala dari segi bajet 2013 yang dibentang baru-baru ini, antara yang berubah adalah pelepasan individu untuk deposit SSPN maksima RM6,000 (asal RM3,000) bermula tahun taksiran 2012, pelepasan anak yang sedang belajar RM6,000 (asal RM4,000) mulai tahun taksiran 2013, perubahan peratus cukai untuk Cukai Keuntungan Hartanah (CKHT) dan sebagainya.

Semua peserta amat berpuas hati dan telah mendapat pelbagai input dan pengetahuan secara terperinci. Ini amat berguna untuk peperiksaan dan apabila mereka keluar untuk bekerja suatu hari nanti. Kepada semua yang terlibat terima kasih dan ucapan setinggi tahniah kepada urusetia kerana berjaya menganjurkan bengkel yang dibawah seliaan Puan Adiebah Binti Ahmad, Cik Hajah Azizah Abdul Razak dan Encik Khairulnizan Abd. Kadir. Sumbangan dan kerjasama yang tinggi amat berguna untuk dijadikan pengalaman dalam mengendalikan seminar di masa hadapan.

Pendaftaran peserta...

Kelihatan pelajar POLIMAS mendaftarkan diri..lebih 50 orang dari POLIMAS sudi hadir..terima kasih

Peserta memberikan kerjasama dan perkongsian ilmu berjalan lancar...

Acara selingan...cabutan bertuah kepada pelajar..terima kasih kepada Puan Saniza dari Saniza & Associates

COMMERCE DAY 2012

Tarikh : 16 & 17 Oktober 2012

Aktiviti yang terlibat :
DAT, DBS, DIB, DLM, Program Pelajar, OBE, PPSMTI dan semua warga JP

Foto sekitar COMMERCE DAY (Aktiviti DAT dan yang melibatkan pelajar DAT)

1. Aktiviti DAT

Mini Pameran DAT

Wheel of Accounting

Pendaftaran peserta untuk Wheel of Accounting & Accounting Words


Barisan urusetia bagi aktiviti DAT..DAT3C

Sambutan Hangat di kaunter Accounting Words

Peneraju kuat untuk Program DAT..Puan Nor Wani, Puan Noorul, Puan Suriani, Cik Azizah dan Puan Norisah

Dato' Abd Jalil (tetamu kehormat) bertanya sesuatu kepada pelajar DAT...

Berminat..turut serta dalam lawatan Tuan Haji Zulkifli pengarah PSP...

Tunjuk ajar dari orang kuat Program DAT..Puan Norwani dan Puan Rasyidah..

2. Pertandingan Rancangan Perniagaan (pelajar yang terlibat DAT6A, DAT 6B, DAT5A & DAT5B)


Penilaian saringan pertama oleh Pensyarah...kelihatan Puan Noorul sedang menilai salah sebuah gerai yang bertanding..

Burger dengan Patty Udang..DAT5A

Creative dan menarik...cadangan RP oleh DAT6B

Penilai oleh Cik Norhayati..

Urban Sandwich..cadangan RP DAT6A


Juri Saringan Pertama Cik Dasreena tekun memberikan tips dan teguran membina...

Sempat bermain-main dengan tupai cadangan pelajar dalam RP..

Penjurian di peringkat akhir oleh SME'S Corp, MARA, UiTM, PNS dan PUNB..terima kasih

Butang Manik Enterprise (BNM)..DAT6A berjaya mendapat tempat pertama di Pertandingan RP Sesi Jun 2012..tahniah kepada semua

Hadiah Idea Perniagaa Terbaik..Butang & Manik..dari DAT6A

Hadiah tempat pertama RP terbaik...DAT6A (Butang & Manik)

3. Forum Expediting  Transformation Through Sharing

Perkongsian pengalaman selepas belajar dan menceburi bidang pekerjaan di kalangan bekas pelajar DAT (Puan Fairusha), DBS (En Zaini), dan DLM (En. Abdullah Husaini).

Berminat dan meningkatkan motivasi di kalangan pelajar junior..

4. CABARAN CATUR BISTARI

Pelajar DAT3B dan PAT7 turut serta bertanding...

Di sebalik kejayaan Cabaran Catur Bistari

Tekun..walaupun baru pengalaman pertama, peserta menunjukkan semangat bertanding dan kerjasama antara pemain..terima kasih kepada PTSB yang membantu jadi Juri dan Ketua Juri Puan Noryanti...

5. TOP HOST

Berbakat .. DAT3C


Beri sokongan

Juri Top Host..Puan Khairul Bariyah & Puan Khairul Nisaa


6. SPELL IT RIGHT & PUBLIC SPEAKING

Puan Zuhairah (Lecturer Akaun) mengendalikan bahagian Spell it right & Public Speaking


"Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
COMMERCE DAY yang melibatkan semua pelajar JP"

Barisan pensyarah di JP yang bertungkus lumus menjayakan COMMERCE DAY...tahniah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...