ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Tuesday, October 23, 2012

ACCOUNTING BOOT CAMP - SIRI 5

LAPORAN PROGRAM ACCOUNTING BOOT CAMP SIRI 5 DI DUSUN RESORT KUALA NERANG, KEDAH PADA 9 – 10 MAC 2012.

Disediakan oleh : Cik Noor Dasreena Shukria Abdul Shukur

Bagi meningkatkan keyakinan diri, melahirkan pelajar yang lebih aktif, kreatif, inovatif dan cemerlang, pensyarah-pensyarah di bawah Diploma Akauntansi bercadang mengadakan dan meneruskan legasi program Accounting Boot Camp Siri 5 pada 9 hingga 10 Mac 2012. Program ini dikendalikan oleh Pensyarah sebagai fasilitator dan julung kali dikendalikan bersama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri sebagai penceramah bebas. Pihak MKN telah menamakan semula program ini sebagai ABC Siri 5: Perancangan Kerjaya Transformasi Diri.

Program di bawah seliaan NOPAC ini terdiri daripada aktiviti holistik yang merangkumi slot ceramah motivasi, permainan kreatif, perbincangan, perkongsian informasi, pemikiran kritis dan lain-lain yang berkaitan dalam melahirkan pelajar beriman, berbudi, cemerlang serta berbakti. Manakala bagi pihak MKN, pelaksanaan program ini telah dirangka khas untuk meningkatkan kualiti modal insan agar dapat merancang hala tuju kerjaya peserta selari dengan objektif kerajaan untuk melahirkan graduan yang Berjaya

Program ini telah melibatkan 44 pelajar dari Politeknik Seberang Perai yang merupakan pelajar semester akhir di peringkat Diploma Akauntansi. Pelajar-pelajar ini adalah dari kalangan keluarga yang berpendapatan kurang dari RM3,000.00 dan berpotensi untuk Berjaya. Pensyarah-pensyarah Diploma Akauntansi yang terlibat ialah Pn Nor Hasni Binti Haron, Pn Sarimah Binti Ismail, Cik Noor Dasreena Shukria Binti Abdul Shukur, Pn Nor Azila Binti Abdullah, Pn Salinah Binti Salleh dan Cik Nurhashimah Binti Mohamed Fauzi sebagai fasilitator. Pihak MKN yang terlibat menjayakan program ini ialah Encik Noor Dasrafeezal bin Abdul Shukur, Encik Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Arif, Encik Saiyed Mohd Akhbarino bin Saiyed Mohd Akhir, Encik Badrulhisham bin Baharuddin, Encik Yusri Hakim bin Yeop, Cik Siti Julaiha binti Selamat dan Pn. Nor Hafiza binti Ahmed Esa (Guru Bimbingan & Kaunseling).

Berikut adalah susunatur program yang telah dijalankan.

9/3/2012 (Jumaat)

11.30 pagi Berkumpul di Foyer JP
12.00– 2.00 petang Bertolak ke Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah
2.30 – 3.30 petang ‘Check in’ dan solat Zohor
3.30 – 4.00 petang Pendaftaran
4.00 – 4.30 petang Taklimat Program
4.30 – 5.30 petang Minum Petang / Solat Asar
5.30 – 7.00 petang Ice Breaking
7.00 – 8.30 malam Makan Malam / Solat Maghrib / kuliah mahgrib
8.30 – 10.00 malam Pembentangan Perancangan Kerjaya
10.00 – 10.30 malam Accounting and Management Game 1
10.30 malam Minum Malam / Solat Isyak/ Berehat

10/3/2012 (Sabtu)

6.00 – 7.30 pagi Solat Subuh / Senaman Pagi
7.30 – 8.15 pagi Sarapan Pagi
8.15 – 10.15 pagi LIDK 1 (Analisis SWOT)
10.15 – 10.30 pagi Minum Pagi
10.30 – 12.30 tengahari Rancangan Kerjaya Saya (RKS)
12.30 – 2.00 petang Makan Tengahari / Solat Zohor
2.00 – 4.30 petang Accounting and Management Game 2 & 3
4.30 – 5.00 petang Majlis Penutup dan Bersurai

Program ini telah berjaya dilaksanakan seperti perancangan awal serta mendapat sokongan jitu dari semua pihak yang terlibat. Pelaksanaan program ini amat berlainan dari yang ABC Siri 1 -4 kerana ABC Siri 5 ini telah dilaksanakan bersama-sama dengan pihak luar dan secara tidak langsung, ianya memberi kesan positif kepada para pelajar dan juga ianya lebih merapatkan hubungan di antara pensyarah dengan penjawat awam yang lain bidang. Pihak MKN juga memberi berpandangan bahawa program seumpama ini harus sentiasa dilaksanakan bagi membuktikan bahawa nilai-nilai murni harus diterap khususnya bagi para pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan kelak. Ia juga memberi pendedahan awal kepada para pelajar dalam merancang pembangunan kerjaya mereka serta mencari pelbagai peluang yang terdapat dalam industri pekerjaan yang sebenar. Selain dari itu, para pelajar dengan pihak luar juga kelihatan selesa dan mudah bagi berinteraksi dan memberi idea serta berkongsi pendapat dari pelbagai sudut dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...