ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Thursday, April 19, 2012

BENGKEL PERANCANGAN PENCUKAIAN


BENGKEL PERANCANGAN PENCUKAIAN
Satu Bengkel Perancangan Pencukaian (untuk syarikat & Individu) telah dilaksanakan untuk memantapkan lagi pengetahuan pelajar dan pensyarah berkaitan dengan pencukaian di Malaysia. Kursus Pencukaian Malaysia dipelajari oleh pelajar semester 5 dan 6 di semua Politeknik Malaysia yang mempunyai kursus Pencukaian Malaysia.

Bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan memberikan kaitan dengan praktikal, pelajar PAT6, Politeknik Seberang Perai telah menganjurkan Bengkel Perancangan Pencukaian (Syarikat & Individu). Pencukaian bagi syarikat dan individu yang akan disertai oleh semua pelajar semester akhir dan semester 5, Program Diploma Akauntansi.

OBJEKTIF
a) Mendedahkan dan mempelajari mengenai perancangan percukaian syarikat.
b) Mendedahkan dan mempelajari mengenai perancangan percukaian individu.
c) Meningkatkan pengetahuan dan mengenalpasti input baru kepada semua pelajar yang mempelajari pencukaian.

MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 18 April 2012
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Kuliah Utama, PSP
 Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Berikut adalah suasana sepanjang BENGKEL PERANCANGAN PENCUKAIAN

Menunggu untuk masuk ke DKU
 
Pendaftaran peserta melibatkan dua sesi iaitu untuk peserta Sem 6 & 5

Sesi Soal Jawab


Antara pensyarah yang turut menyertai adalah dari PSP, POLIMAS, PTSS dan PTSB..terima kasih kerana sudi hadir




Urusetia


Penyampaian Cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Puan Saniza Said dari Saniza & Associate (Penceramah)


  



Nampaknya students berpuas hati dapat bertanya dan memberikan tumpuan yang baik sepanjang bengkel dilaksanakan


Penceramah, Puan Saniza dari Saniza & Associate

MC adalah Pengarah & Setiusaha Bengkel anjuran PAT6 (Isfaizura & Fatin)

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada semua urusetia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...