ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.
Showing posts with label AKTIVITI PNP. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI PNP. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

REBRANDING DATARAN KEUSAHAWANAN

Tarikh : 10.3.2012

Aktiviti :
PERASMIAN YOUTH ENTREPRENEUR STATION (YES)


Usaha pelajar usahawan PSP membaikpulih kerusi dan meja di Dataran @ YES

Selesa..

Dataran Usahawan now Youth Entrepreneur Station (YES)..untuk aktviti perniagaan dan keusahawanan di PSP..terbuka untuk semua pelajar tak kira bekas pelajar atau pelajar PSP

Pertandingan RP Sesi Dis 2011

Ruang niaga..

Gerai jualan semasa Majlis Perasmian YES


Berminat ..melihat demo cup cakes...

Demo oleh Puan Isratun...kelihatan pelajar PAT 6 berminat untuk mempelajari tatacara buat cup cakes

Macam2 ada...


Demo Deco Patch..oleh Puan Liza..


Pertandingan pembarisan yang disertai oleh pelajar sem 1...

Perasmian oleh YB Dato' Ariff Shah...terima kasih

Thursday, October 18, 2012

CORPORATE TAXATION REVIEW

CORPORATE TAXATION REVIEW – Wisely Manage your Company Tax Liability
Disediakan oleh : ADIEBAH BINTI AHMAD

Pada 11 Oktober 2012 baru-baru ini telah berlangsung program di bawah seliaan semua pelajar Diploma Akauntansi Semester 6, Politeknik Seberang Perai iaitu CORPORATE TAXATION REVIEW – Wisely Manage your Company Tax Liability.

Antara objektif program ini adalah untuk :

a) Memberikan pengetahuan lanjutan berkenaan dengan pencukaian bagi syarikat kepada semua peserta.
b) Mendedahkan dan mempelajari mengenai perancangan percukaian syarikat di mana ia adalah untuk mengurangkan cukai kena bayar secara sah.
c) Meningkatkan pengetahuan dan mengenalpasti input baru kepada semua pelajar yang mempelajari pencukaian. (berdasarkan kepada Bajet 2013)

Berikut adalah pengisian program :

10.00 a.m                : Pendaftaran Peserta
10.30 a.m                : Ketibaan Penceramah & Jemputan
11.00 a.m                : Sesi 1 : Pencukaian Bagi Syarikat (Corporate Taxation)
                                 Oleh : Puan Saniza Binti Said (Saniza & Associates)
12.30 p.m                : Rehat, Solat dan Jamuan Tengahari
2.00 p.m                  : Pendaftaran Peserta
2.30 p.m                  : Sesi 2 : Perancangan Pencukaian untuk Syarikat (Tax Planning : Company)
                                 Oleh : Puan Saniza Binti Said (Saniza & Associates)
4.00 p.m                  : Majlis Penutup oleh Ketua Jabatan Perdagangan
                                 Penyampaian cenderahati
                                 Bersurai

Program ini telah disertai oleh 185 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Politeknik Seberang Perai (PSP), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), pensyarah-pensyarah dan Encik Mohd Azhar dari Syarikat Hussain Chik Sdn. Bhd. (wakil syarikat).

Penceramah jemputan adalah Puan Saniza Said yang merupakan Akauntan Bertauliah dari Saniza & Associates, Seberang Jaya Pulau Pinang, Beliau mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan, pengauditan, pencukaian dan kesetiausahaan. Antara yang disentuh dalam program ini adalah berkaitan pencukaian untuk syarikat secara umum, perancangan cukai bagi syarikat dan ulasan bajet 2013 yang berkaitan dengan individu dan syarikat secara khususnya.

Pengiraan liabiliti cukai kepada syarikat adalah bergantung kepada perbelanjaan yang dilakukan. Sekiranya banyak perbelanjaan yang dilakukan adalah tidak dibenarkan, maka lagi tinggi cukai yang perlu dibayar. Oleh itu semua syarikat perlu tahu apa yang dibelanjakan oleh syarikatnya dan memastikan ia adalah dibenarkan. Misalnya pemberian insurans kepada pekerja perlu dimasukkan dalam bentuk elaun kepada pekerja, belanja kepada pengarah perlu diubah menjadi elaun pengarah, tidak melakukan perbelanjaan yang bersifat domestik dan persendirian dan sebagainya.

Manakala dari segi bajet 2013 yang dibentang baru-baru ini, antara yang berubah adalah pelepasan individu untuk deposit SSPN maksima RM6,000 (asal RM3,000) bermula tahun taksiran 2012, pelepasan anak yang sedang belajar RM6,000 (asal RM4,000) mulai tahun taksiran 2013, perubahan peratus cukai untuk Cukai Keuntungan Hartanah (CKHT) dan sebagainya.

Semua peserta amat berpuas hati dan telah mendapat pelbagai input dan pengetahuan secara terperinci. Ini amat berguna untuk peperiksaan dan apabila mereka keluar untuk bekerja suatu hari nanti. Kepada semua yang terlibat terima kasih dan ucapan setinggi tahniah kepada urusetia kerana berjaya menganjurkan bengkel yang dibawah seliaan Puan Adiebah Binti Ahmad, Cik Hajah Azizah Abdul Razak dan Encik Khairulnizan Abd. Kadir. Sumbangan dan kerjasama yang tinggi amat berguna untuk dijadikan pengalaman dalam mengendalikan seminar di masa hadapan.

Pendaftaran peserta...

Kelihatan pelajar POLIMAS mendaftarkan diri..lebih 50 orang dari POLIMAS sudi hadir..terima kasih

Peserta memberikan kerjasama dan perkongsian ilmu berjalan lancar...

Acara selingan...cabutan bertuah kepada pelajar..terima kasih kepada Puan Saniza dari Saniza & Associates

Thursday, April 19, 2012

BENGKEL PERANCANGAN PENCUKAIAN


BENGKEL PERANCANGAN PENCUKAIAN
Satu Bengkel Perancangan Pencukaian (untuk syarikat & Individu) telah dilaksanakan untuk memantapkan lagi pengetahuan pelajar dan pensyarah berkaitan dengan pencukaian di Malaysia. Kursus Pencukaian Malaysia dipelajari oleh pelajar semester 5 dan 6 di semua Politeknik Malaysia yang mempunyai kursus Pencukaian Malaysia.

Bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan memberikan kaitan dengan praktikal, pelajar PAT6, Politeknik Seberang Perai telah menganjurkan Bengkel Perancangan Pencukaian (Syarikat & Individu). Pencukaian bagi syarikat dan individu yang akan disertai oleh semua pelajar semester akhir dan semester 5, Program Diploma Akauntansi.

OBJEKTIF
a) Mendedahkan dan mempelajari mengenai perancangan percukaian syarikat.
b) Mendedahkan dan mempelajari mengenai perancangan percukaian individu.
c) Meningkatkan pengetahuan dan mengenalpasti input baru kepada semua pelajar yang mempelajari pencukaian.

MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 18 April 2012
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Kuliah Utama, PSP
 Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Berikut adalah suasana sepanjang BENGKEL PERANCANGAN PENCUKAIAN

Menunggu untuk masuk ke DKU
 
Pendaftaran peserta melibatkan dua sesi iaitu untuk peserta Sem 6 & 5

Sesi Soal Jawab


Antara pensyarah yang turut menyertai adalah dari PSP, POLIMAS, PTSS dan PTSB..terima kasih kerana sudi hadir




Urusetia


Penyampaian Cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Puan Saniza Said dari Saniza & Associate (Penceramah)


  



Nampaknya students berpuas hati dapat bertanya dan memberikan tumpuan yang baik sepanjang bengkel dilaksanakan


Penceramah, Puan Saniza dari Saniza & Associate

MC adalah Pengarah & Setiusaha Bengkel anjuran PAT6 (Isfaizura & Fatin)

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada semua urusetia.

Thursday, March 17, 2011

SEMINAR AUDIT

SEMINAR AUDIT (SEMPENA MINGGU AUDIT DAN CUKAI)
Anjuran : DAT Semester Akhir (tertunda)
Tempat : DKU
Masa : 2.30 - 5.00 petang

Penceramah dari AJ Isma..Perda

Pensyarah yang turut hadir...Puan Norwani, Puan Masitah dan Cik Norhayati...


Tekun mendengar..penganjur DAT6A
 

Penerangan dan perkongsian pengalaman sebagai auditor amat berguna...

Puan Noorul (Ketua Program DAT) dan penasihat Seminar Audit Puan Rasyidah...terima kasih

Ni dengar ke main hp???

Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penceramah...lain kali boleh buat lagi..kali ni simulation plak ok...

Alhamdulilah..Seminar Audit berjalan lancar..kepada semua pelajar DAT6 semoga berjaya selepas ini menjadi AUDITOR yang professional...

Tahniah kepada penganjur iaitu DAT6A dan semua ahli NOPAC Sem 6..jumpa lagi di Minggu Audit dan Cukai untuk Sesi akan datang...insyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...