ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Sunday, March 3, 2013

PROGRAM DAT 6A SESI DIS 2012

Lawatan Ilmiah ke Malaysian Institute of Accounting (MIA) dan Malaysian Accounting Standard Board

Oleh : Nur Hafiza (DAT6A)


Pada 24 Januari 2013, hari Khamis yang lalu, Kelas DAT6A Diploma Akauntansi, Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai, telah mengadakan lawatan ilmiah ke Malaysian Institute Of Accounting (MIA) dan Malaysian Accounting Standard Board (MASB) yang bertempat di Kuala Lumpur. Lawatan ilmiah ini adalah selama 2 hari 1 malam iaitu pada 24 Januari 2013 sehingga 25 Januari 2013. Seramai 40 orang pelajar kelas DAT6A beserta 2 orang pensyarah pengiring iaitu Cik Nor Dasreena Shukria dan Cik Azizah telah terlibat dalam lawatan ini.

Lawatan ilmiah dimulakan ke MASB dimana lawatan ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Sebahagian peserta bergambar dihadapan pintu masuk MASB

Para peserta khusyuk mendengar taklimat daripada penceramah

Sesi taklimat bersama pihak MASB berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati daripada pihak Politeknik Seberang Perai yang diwakilkan oleh Cik Nor Dasreena Shukria.

Pada sebelah petang pula, sesi taklimat bersama pihak MIA pula berlangsung.
Penceramah dari MIA sedang memberi penerangan ringkas tentang kelayakan untuk menjadi ahli MIA.

Para peserta tertarik dengan penerangan yang menarik oleh penceramah

Sebahagian peserta bergambar kenang-kenangan dihadapan pintu masuk MIA.


Setelah tamat sesi taklimat daripada pihak MIA, peserta bertolak pulang ke Politeknik Seberang Perai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...