ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Wednesday, February 17, 2010

Bila Lecturer Berkursus...

Khamis dan Jumaat (11 dan 12 Feb), lecturer yang menjadi penyelia bagi subjek P5128 - Projek Perniagaan wajib hadir kursus dua hari ni. Subjek P5128 ni khusus untuk students DPM dan PPM ja. Yang jadi penyelia projek ni, ada yang lama dan ada yang baru dilantik. So ada yang dah sangat masak dengan pelbagai liku-liku masalah dalam bidang ni....ada plak yang baru nak kenal2 apa tu subjek P5128.


So bermacam2 kejadian la masa kursus tu. Penceramah terdiri dari Puan Khairul Bariyah, Puan Fariza, Puan Norhatizal dan Cik Hajjah Danizah.

Pn Khairul Bariyah beria2 nak pahamkan penyelia2 projek yang baru dan yang bagusnya dibantu oleh penyelia2 yang dah lama dalam bidang ni. Smua bekerjasama memberikan input supaya penyelia baru dapat ilmu serba sedikit untuk diaplikasikan kat grup penyeliaan masing2. Tapi chaos jugak jadinya sbb ramai yang terer2.


Cik Hajjah Danizah yang berjaya mengawal suasana kursus dengan baik dan semua peserta tekun memberikan perhatian. Takut kena marah you!!!!



Macam2 peel bleh tgk masa pensyarah berkursus. Tapi semua rajin tanya sampai tak terjawab penceramah.


Pn. Azira tengah bertanya dan yang lain bagi respon baek punya. Tolong bagi pendapat pun ramai.


Tgk muka2 penyelia projek, senyum jer...tupun ada jugak student yang tak datang jumpa penyelia n bagi reason penyelia selalu kluar la, penyelia takder kat opis la....seribu satu alasan....cuma tak bagitau yang depa tak siapkan progress report jer...yang len semua disalahkan lecturer...... hmmmmmmm...



Ada yang muka concentrate gila, ada yang macam pikir masalah negara, ada yang muka bosan dan ada yang macam main2....pensyarah juga manusia kan.....hehehe....


Hok ni takleh tinggal....ubat hilangkan ngantuk + ubat kalo tgh lapaq........

Tuesday, February 16, 2010

Jom Mengundi

Pilihanraya Kampus datang lagi! Calon2 sibuk bermanifesto. Macam2 janji yang tatau boleh dilaksanakan atau hanya janji bagi memancing undi. Kita tengok bila dah terpilih nanti. La ni kita layan sekitar majlis manifesto calon pada 10 Februari (Rabu) yang lepas.



Tak sempat nak ambil gambar semua calon sebab saya ada kelas. Antara calon2 yang bertanding.



Macam2 gaya nak memancing undi.



Orang kuat Pilihanraya Kampus bagi Jabatan Perdagangan, Cik Aida Zuraina.



Antara lecturer2 yang turun memberikan sokongan ketika majlis manifesto.




Di sekitar pencalonan MPP, semua pelajar2 dikehendaki untuk mendengar manifesto calon2 supaya mereka mengenali calon2 yang akan diundi nanti. Takderlah jadi undi sembrono ja nanti.


K, kita nantikan keputusannya nanti. Akan diupload setelah selesai Hari Mengundi nanti. Buat masa sekarang PSP akan dilanda demam poster. Jangan lak ada yang ambil kesempatan curi gambar calon2 sebab dah lama minat dalam diam...hehehe......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...