ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Monday, April 18, 2011

GOOD LUCK FOR FINAL

Mulai hari ni 18.4 - 28.4.2011 Peperiksaan Akhir bagi semua Politeknik Malaysia bagi Sesi Disember 2010.

Kepada semua ahli NOPAC dan warga PSP selamat maju jaya dalam peperiksaan final.

Tips :

1) Check jadual exam dengan betul..tempat, kursus, tarikh dan sebagainya
2) Persiapkan dengan ulangkaji yang berkesan dan teratur
3) Membuat perbincangan secara berkumpulan dengan rakan sekelas
4) Sentiasa memastikan kad matrik dibawa bersama semasa peperiksaan
5) Memastikan kesihatan sentiasa baik...jangan demam
6) Berhati2 dengan peragut..banyak students kena ragut semasa final..akibatnya kalkulator hilang, beg duit, duit, handphone dan kad matriks sekali hilang semua sebab beg yang diragut mengandungi semua keperluan itu.
7) Sentiasa membaca AlFatihah dan Selawat ke atas Nabi SAW.
8) Telefon ibu bapa mohon maaf dan minta mereka mendoakan kejayaan kamu semua
9) Meminta maaf dan memaafkan pensyarah dan rakan2...
10) Tawakal dengan segala usaha yang telah dilaksanakan selama ini...mudahan berjaya..amin

Ok...USAHA, CEMERLANG, BERJAYA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...