ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Tuesday, January 18, 2011

TREASURE HUNT DAT6B & LECTURERS

Dalam usaha untuk memupuk kerjasama dan kebolehan pelajar dan pensyarah untuk mengharungi cabaran, kami pelajar dari kelas DAT 6B telah melaksanakan program yang dikenali sebagai Treasure Hunt DAT6B & Lecturers. Program ini adalah anjuran kelas DAT6B dimana ia akan dilaksanakan bermula dari Politeknik Seberang Perai dan berakhir di Bukit Merah Laketown Resort, Perak (menggunakan jalan lama).

Aktiviti yang telah diadakan nanti dapat menguji ketahanan mental dan fizikal para pelajar DAT 6B dan peserta yang terlibat. Antara peserta yang terlibat adalah pensyarah dari JP, JKE, JKM, JPA, Pengelola Kebersihan dan Pembantu Am dan semua pelajar DAT6B dan seorang pelajar JKM. Semua kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta iaitu 2 pelajar dan 1 pensyarah. Treasure Hunt ini dibuat secara berkereta. Soalan atau clue diberikan dan peserta perlu menggunakan clue yang diberikan untuk mendapatkan jawapan mengikut tulip dan signboard kedai2 yang telah ditetapkan.
Antara objektif program adalah :

1) Kekuatan dari segi mental dan fizikal peserta program ini dapat diperbaiki setelah program ini selesai
2) Melahirkan pelajar yang cergas, cemerlang serta aktif
3) Mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah semasa dan selepas aktiviti ini

Program yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 Januari 2011 ini telah berjaya dan semua peserta amat teruja. Peserta dilepaskan pada pukul 8.40 pagi dan semua peserta berjaya sampai di Bukit Merah Lake Town Resort walaupun lambat sampai. Kebanyakkan peserta berjaya menjawab semua tugasan dan tiba lebih kurang 1.30pm dan kumpulan terakhir pada 3.00 petang. Walaupun lambat semangat juang tetap diteruskan.

Hadiah yang disediakan oleh DAT6B

Terima kasih kepada Encik Zaki dan Puan Fariza yang menguruskan soalan dan pengadilan...best2

Huh..letih dan semua lapar...

Melayan anak coordinator...sanggup bawa family...terharu sangat dengan pengorbanan Puan Fariza yang sporting..

Pensyarah yang terlibat...Cik Das, Cik Hjh Azizah, Cik Ruhil, Cik Aida, Cik Sarah, Cik Ayu..thanks sebab sporting...

Termenung jauh...

Beri tepukan kepada yang lambat sampai...heheheh

Happy nampak....

Letih ker Cik Hana...

Makan bekalan sendiri...

Masa untuk tengok jawapan siapa yang kena....

Cik Isni pun ada...thanks....

Encik Zaki...senyum2 tengok jawapan yang diberikan peserta...



Thanks..Miss Zakiah from JPA...

Antara yang terakhir...siap berhenti lunch...





Kami dapat no 2...

Keputusan penuh :

Tempat Pertama : Cik Dasreena dan students (Fiqah & Musliha)
Tempat Kedua : Puan Dieba n students (Wani & Nabila)
Tempat Ketiga : Cik Azizah n students (Fizi & Salmah)
Tempat Keempat : Cik Zakiah n students (Aby & Tuan Amira)
Tempat Kelima : Puan Haslina n students (Faizatul & Izyan)

Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu DAT6B, Lecturers JP iaitu Cik Sarah, Cik Hana, Cik Das, Cik Ayu, Cik Azizah, Puan Dba, Cik Aida, Cik Yanti, JKM - Cik Ruhil dan Cik Fadzilah, JKE- Cik Isni, JPA-Miss Zakiah, En Zul Kebersihan dan Ina Pembantu Am di Jabatan Perdagangan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...