ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Saturday, January 23, 2010

Semester Baru Bermula

Minggu Orientasi sesi Januari 2010 berakhir pada Jumaat 15 Januari 2010. Selalunya hari terakhir minggu orientasi pelajar akan diagihkan ikut Jabatan masing2. So hari Jumaat tu aktiviti bermula ngan senamrobik. Kasi longgar semua sendi2 sbb sat lagi nak keje keras.

Instructor yang gigih menunjukkan step2 senamrobik, Cik Aida.


Lapan, lapan lagi...

Dari depan, pusing belakang, depan semula.. :-)


Lepas semua sendi dah longgar, jom kita wat keje...zassssssss..............

Students dibahagikan kepada kumpulan2 kecil. 1 kumpulan ada 5-8 orang. Kemudian kena ikut lecturer yang bertanggungjawab ke atas sesuatu lokasi.


Puan Azira kena pantau bilik kuliah. Dah tak ingat bilik kuliah baper. Bilik kuliah la yang penting untuk digotong royong sebab berdebu sebulan kena tinggal.


Jom kita susun kerusi meja ni. Salah susun, ada yang kena bersila dalam kelas masa belajar nanti.


Yang ni bukan bilik kuliah tau, bilik pantry pensyarah.




Di belakang tabir, Cik Suraya dan Puan Isratun membantu AJK Peralatan untuk mengagihkan tual 'good morning' kepada semua kumpulan gotong royong JP.





Lepas solat Jumaat, ada sesi berkenalan di antara pelajar baru dengan pensyarah di Jabatan Perdagangan. Lokasi majlis di Puasat Islam.

Puan Hasnah selaku Ketua Jabatan memberikan pesan dan amanat kepada pelajar baru. Dengar baik2 dan cuba aplikasikan, jangan dengar telinga kanan dan keluar telinga kiri.


Pelajar nampak tekun mendengarkan ucapan perangsang dan nasihat dari Puan Hasnah

Siap ada yang ambil nota. Tulis apa yang Puan Hasnah cakap atau tulis menda lain, wallahualam.

Inilah barisan pensyarah JP....cantik dan jelita semuanya. Kalau tak buat hal dalam kelas, Insyaallah pensyarah masuk dalam kelas pun akan senyum ja.


Barisan orang kuat JP, dari kiri: Puan Sarimah (Ketua Program SPK), Puan Mariam (Unit Kualiti), Cik Hajjah Danizah (Unit Katihan Staf) dan Puan Rosmizar (Ketua Program DLS)


Ada iras tak? Puan Norhatizal dan Puan Azira

Puan Norhanishah yang manis

Maintain cun, Puan Hajjah Noorul Asyikin (KP Program Perakaunan), Puan Adiebah (orang kuat NOPAC). Yang dibelakang tu sedang membelek kamera tu Puan Noris dan yang tersenyum manis tu Puan Sha.

Semuanya memberikan senyuman yang manis, Puan Norwani, Puan Faizah, Puan Masitah dan Cik Norhayati. (Untuk gambar ni kredit kepada Puan Noris sebab ambil dari blog dia)



Diharapkan semua pelajar dapat menetapkan tekad dan impian untuk berjaya apabila datang ke Politeknik Seberang Perai. Dengan tekad dan impian yang suci untuk menambahkan ilmu sepertimana ketika mula menjejak kaki ke pintu pagar PSP, Insyaallah kalian akan berjaya. Pandai2lah membawa diri tanpa keluarga di sisi. Carilah teman yang boleh mendatangkan kebaikan bukannya teman yang mengheret kamu jauh daripada kebaikan. Hormatilah pendidik anda, jadikanlah mereka tempat bertanya bukan tempat untuk mengata.

Tuesday, January 12, 2010

SELAMAT DATANG 2010

Menjelang tahun 2010 bermakna sudah masuk tahun ke 5 Kelab Perakaunan PSP ditubuhkan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan bantuan Pensyarah dari Jabatan Perdagangan terutama kursus Perakaunan serta keterlibatan ahli yang terdiri dari Diploma Akauntansi (DAT) dan mulai tahun 2009  ia mula disertai oleh pelajar Sijil Penyimpanan Kira (SPK). Kini kami dikenali NOPAC (Northern Polytechnic Accounting Club) mulai tahun 2008 lagi.

Oleh itu diharap menjelang tahun 2010, NOPAC ini akan lebih aktif dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang memberikan impak kepada jasmani, emosi, rohani dan insaniah di kalangan pelajar. Terima Kasih kepada semua yang membantu.

Semoga 2010 memberikan rahmat dan kecemerlangan kepada kita semua.



Majlis Perasmian MSK Sesi Jan 2010



Lecturer



Pegawai Tertinggi di PSP



Pelajar baru..Sesi Januari 2010



Timbalan Pengarah (Akademik) PSP..baru lagi ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...