Program Kerohanian oleh NOPAC
7 November 2008
NOPAC De’ Oasis Moon and Starz telah berlangsung dengan jayanya pada 7 November 2008 lalu. Program ini merupakan aktiviti semester bagi Kelab Akauntansi (NOPAC). Program ini disertai oleh pelajar DAT dan SPK bagi semua semester.
Pendaftaran pelajar di luar kawasan Pusat Istiqlal, PSP
Antara aktiviti yang dilibatkan adalah solat berjemaah maghrib dan isyak, solat hajat dan bacaan yassin bagi pelajar muslim. Manakala pengisian bagi pelajar bukan Islam adalah slot motivasi yang diadakan di Bilik Kuliah Jabatan Perdagangan. Penceramah jemputan adalah Puan Norhayati Mohammad dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Seberang Perai. Di akhir program, majlis juga diserikan lagi dengan ceramah motivasi oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ibrahim Bin Yusof dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ,Pulau Pinang.
Turut hadir Cik Danizah, Puan Sarimah dan Puan Hasnah..semua pelajar DAT dan SPK
Pensyarah turut membantu Cik Nor Maizura (sudah berpindah ke Politeknik Ulu Terengganu), Puan Zuhairah (sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Sarjana Perakaunan di UKM) dan Puan Masitah...gambar kanan Puan Mariam membantu untuk teks ucapan MC..

Sementara menunggu Solat Maghrib
Sementara menunggu Solat Maghrib
Aktiviti Solat Maghrib berjemaah, Solat Isyak berjemaah, Bacaan Yasin, Solat Hajat, Motivasi dan sesi Ceramah
Dua pelajar terbaik dipilih iaitu S. Telliirujithiraa a/p segaran dari SPK dan Mohd Hanif Hamzah dari DAT. Pemilihan adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan kecemerlangan akademik. Aktiviti yang dilibatkan oleh pelajar-pelajar SPK dan DAT berakhir pada pukul 10.30 malam.
Tuan Pengarah sudi hadir terima kasih..
Jamuan makan malam disediakan kepada semua tetamu yang hadir..Cik Azizah dan Puan Noorul bekerja keras bagi memastikan semua jemputan dapat menikmati hidangan dibantu oleh pelajar SPK 4 Sesi Julai 2008
Kepada semua pelajar yang bertungkus lumus menjayakan malam tersebut diucapkan ribuan terima kasih. Tidak dilupakan kepada Tuan Pengarah PSP, Tuan Haji Noor Azahan Othman dan pensyarah perakaunan yang sudi meluangkan masa memeriahkan program ini.
No comments:
Post a Comment