ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Wednesday, October 28, 2009

DAT 3B KE UUM

UUM : 1st Choice University Bersama PSP
27 Oktober 2009
DAT 3B
Program ‘UUM : 1st Choice University bersama PSP’ merupakan Program Bersama Penasihat Akademik. Program ini dianjurkan oleh bekas pelajar PSP yang sedang belajar di UUM dengan pelajar DAT 3B dari Politeknik Seberang Perai. Pensyarah pengiring adalah Puan Wan Nor Asniza, Puan Norisah dan Puan Adiebah.


Di hadapan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM


Mempunyai pelbagai kemudahan..kepada semua pelajar PSP, anda boleh menggunakan info yang ada di dalam library ni..macam2 ada

Antara objektif adalah :
a) Mendedahkan keusahawanan di kalangan pelajar.
b) Pertemuan dengan bekas pelajar PSP (Jabatan Perdagangan) yang sedang menuntut di UUM
c) Meningkatkan motivasi dan semangat untuk pelajar dalam pembelajaran.



Najhan, Abu, Yati dan Atun antara pelajar JP yang kini berada di UUM
Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Saudara Mohd Najhan (x-DPM), Mohd Syazwan (x-DAT), Sharifah Noraini (x-DAT), Nurul Hayati (x-DAT), Abu Haniffah (x-DAT), Atun (x-DAT) dan seorang bekas pelajar PSA.
Antara aktiviti yang dirancang dan telah berjaya terlaksana dengan jayanya dan izin Allah adalah seperti :
a) Penerangan ringkas berkaitan UUM di Dewan Auditorium, Perpustakaan Sultanah Bahiyah,UUM.



Di hadapan Perpustakaan Sultanah Bahiyah
b) Lawatan di dalam Perpustakaan Sultanah Bahiyah - penggunaan smart card (macam kad matrik) digunakan sepenuhnya untuk masuk, pinjam, pulangkan, pencarian data dan sebagainya. Terdapat mesin pemulangan buku yang dipinjam diluar dan di dalam perpustakaan.
c) Lawatan ke Co-Usahawan di Varsity Mall
d) Penerangan berkaitan dengan kursus yang ditawarkan oleh UUM
e) Penerangan berkaitan dengan INSTITUT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KOPERASI, UUM

f) Lawatan sekitar kampus - sesi dialog bersama bekas pelajar PSP di UUM



Pelajar di dalam DKG 2

g) Lawatan ke Pusat Sukan, UUM - kolam renang, dewan badminton, bilik sauna, ruang basikal, gym dan sebagainya

Penerangan ringkas oleh Pegawai Sukan di Pusat Sukan UUM


Syazwan, Najhan, Puan Wan, Pegawai Sukan UUM dan Puan Norisah



Kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini, terima kasih..Syazwan (semester akhir BAcct (Hons)), Najhan (Semester Akhir Sarjana Muda Muamalat), Puan Adiebah, Puan Wan, Pegawai Sukan UUM, Puan Norisah, Ain (Semester 2, BAcct (AIS), Yati ( Semester 3, B Acct) dan Abu (Sarjana Muda Matematik Pengurusan).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...