ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Monday, March 21, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAT6A SESI DIS 2010

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NOR ARFA BATIK CRAFT COMPLEX KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Disediakan oleh DAT6A



Pada 29 Januari 2011 bersamaan hari Sabtu telah berlangsung lawatan sambil belajar. Kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 13 orang bagi tugasan di Pasar Payang dan 13 orang lagi ditugaskan di Nor Arfa Batik Craft Complex. Pada pukul 9.30 pagi kami telah tiba ke Nor Arfa Batik untuk melawat dan melaksanakan tugas yang dikehendaki sehingga jam 11.00 pagi. Seramai 29 orang pelajar Diploma Akauntansi (Dat 6A) bersama 3 orang pensyarah pengiring telah terlibat dalam lawatan ke Nor Arfa Batik untuk melihat sendiri operasi perniagaan mereka.



Setibanya diperkarangan Nor Arfa Batik Craft Complex kami telah disambut oleh kakitangan disana dan Cik Suhada selaku pengiring yang telah memberikan serba sedikit penerangan mengenai operasi perniagaan dan mengenai proses penghasilan batik, walaupun demontrasi pembuatan batik tidak dapat kami lihat kerana masalah cuaca yang menghalang proses mencanting batik kami dapat mengetahui serba sedikit dengan cara melihat peralatan-peralatan yang terdapat disana dan melalui carta aliran pembuatan batik serta penerangan yang diberikan oleh Cik Suhada.


Disamping itu, kami telah juga melihat sendiri proses melakar corak batik bagi kain pasang secara berkomputer oleh salah seorang Pereka Batik disana. Setelah itu, kami dibawa meninjau pusat jualan Arfa Batik untuk melihat pelbagai produk yang dijual antaranya baju Batik lelaki dan wanita, baju kaftan, tudung, cenderahati dan hasil-hasil kraf tangan yang lain.


Dalam pada itu, kami juga telah melawat tempat mengukir Kristal yang mana boleh dihasilkan dengan masa yang singkat iaitu 15 minit sahaja, Kristal tersebut akan diukir mengikut citarasa pelanggan contohnya ukiran nama, bunga, binatang dan lain-lain dengan harga yang berpatutan. Disana juga para pengunjung diberi peluang untuk mewarnakan lukisan batik sendiri dengan bayaran RM10 dan pengunjung boleh melihat sendiri demonstrasi pembuatan bakul mengkuang oleh kakitangan Nor Arfa Batik.


Akhir sekali, kami mengambil kesempatan didalam lawatan ini untuk mengambil gambar beramai-ramai di sekitar Arfa Batik sebagai tanda kenang-kenangan disana.


Kesimpulannya, melalui lawatan ini kami dapat melihat sendiri operasi perniagaan yang dijalankan di Arfa Batik Craft Complex, ini merupakan pengalaman berharga yang boleh kami aplikasikan dalam subjek keusahawanan.


LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PASAR PAYANG KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Disediakan oleh DAT6A
Pada 29 Januari 2011 bersamaan hari Sabtu telah berlangsung lawatan sambil belajar bertempat di Pasar Payang Kuala Terengganu, Terengganu pada pukul 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang. Seramai 29 orang pelajar Diploma Akauntansi (Dat 6A) bersama 3 orang pensyarah pengiring telah terlibat dalam lawatan ini.

Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 13 orang pelajar telah ditugaskan untuk menemuramah para peniaga di pasar tersebut mengenai perniagaan mereka. Hasil daripada lawatan tersebut kami telah menemuramah Encik Syed Saiful Azhar yang merupakan pengasas kepada Terengganu Batik Galery yang menjual kain sutera dan juga batik. Menurut pengasasnya kedai ini telah ditubuhkan pada tahun 1984.

Bekalan kain diambil dari kilang di Bukit Tunggal, Terengganu. Rekaan pada batik dan sutera hasil daripada campuran corak kilang lain. Corak yang dihasilkan terdiri daripada 200 pasang kain dalam satu corak yang dikeluarkan pada satu bulan. Menurut pengasas pendapatan lebih kurang RM 1 000 000 dalam setahun. Pendapatan akan meningkat apabila musim perayaan. Stok sutera yang tidak dapat dijual akan dibuat baju siap dan kemudian dijual semula.

Pelanggan yang mengunjungi adalah terdiri daripada pelanggan lelaki dan wanita. Kebanyakkan corak yang menjadi pilihan orang muda ialah corak yang eksklusif. Batik yang dihasilkan daripada lukisan tangan berharga paling tinggi iaitu RM 300 yang berjenama Nisha Eksklusif manakala paling murah RM 110. Tahap kualiti batik terdiri daripada tiga tahap iaitu nombor satu paling elok kerana tiada campuran polister, nombor dua kasar kerana dicampur dengan polister dan nombor tiga banyak campuran polister.

Sutera dihasilkan dari ulat sutera yang berasal dari China. Benang sutera diperolehi dari China itu dibuat kain sutera. Pada masa tertentu harga benang sutera meningkat disebabkan ulat sutera tidak dapat membiak dengan baik.

Kesimpulannya, hasil lawatan tersebut maklumat yang diperolehi dapat kami gunakan dalam subjek keusahawaan. Selain itu, kami juga mengetahui bahawa produk yang dihasilkan adalah bermutu tinggi dan setanding dengan kualiti produk luar negara dari segi hasil tangan yang halus, corak yang pelbagai dan memenuhi kehendak dan citarasa setiap lapisan masyarakat.


PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI TAMAN TAMADUN ISLAM(TTI) KUALA TERENGGANU
Oleh :Siti Lailah Binti Mamat

Pada 29 Januari 2011 hari Sabtu telah berlangsungnya program lawatan kebajikan masyarakat bertempat di Taman Tamadun Islam pada pukul 5.00 hingga pukul 6.00 petang oleh pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai. Seramai 29 orang pelajar yang terlibat adalah pelajar Diploma Akauntansi (Dat 6A) semester akhir. Kerjasama dan hubungan baik dengan pihak TTI dapat membantu menjalankan program ini dengan jayannya. Antara program yang telah dijalankan adalah membersih kawasan TTI seperti mencabut rumput, menyapu sampah, mengemop lantai dan lain-lain. Disamping itu pelajar-pelajar didedahkan dengan sikap bekerjasama, tolong menolong dan hormat menghormati antara pelajar dengan masyarakat di kawasan TTI. Diharap dengan adanya lawatan ini, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kekeluargaan diantara pelajar- pelajar dengan pensyarah-pensyarah serta dengan masyarakat setempat. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...