ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Monday, April 5, 2010

ACCOUNTING BOOT CAMP 2nd SIRIES


ULU LEGONG, BALING - Sekumpulan pelajar DAT/PAT dan SPK telah berkampung di Ulu Legong, Baling Kedah untuk program Accounting Boot Camp Siri ke 2. Kali ini pelajar diiringi oleh 13 oleh fasilitator yang juga pensyarah iaitu Puan Noorul 'Ashikin [KP - DAT], Puan Adiebah [Pengerusi-NOPAC], Mohd Hafiz [Pengarah ABC-2] serta Fasilitator - Aktiviti...Cik Azizah, Cik Suraya, Cik Danizah, Puan Isratun , Puan Khairul Bariyah, Puan Nor Azila, Cik Noor Dasreena Shukria, Encik Md Ashraf, Encik Khairul Nizan dan Puan Mashitah.


Barisan Fasilitator..sedia berkhidmat

Aktiviti seperti biasa bermula dalam bas. Sebanyak 6 kumpulan yang terdiri daripada 10 orang pelajar telah dibentuk dan dibantu oleh 8 orang AJK dari kalangan pelajar PAT5B dan RAT5. Surat arahan diberikan oleh Fasilitator iaitu bas 1 yang terdiri dari kumpulan 1, 2 dan 3. Manakala bas 2 terdiri daripada kumpulan 3,4 dan 5. Kali ini setiap kumpulan diberikan duit sebanyak RM3,000.

Aktiviti 1 : Board of Meeting
Pelajar dikehendaki menyediakan atau mencipta nama syarikat, nombor syarikat, carta organisasi, objektif syarikat dan trademark syarikat. Ini dilaksanakan di dalam bas dalam suasana yang terkawal. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising atau denda akan dikenakan sekiranya membuat bising. Nampaknya peserta begitu seram bila sebut pasal denda...maklumla kena keluarkan duit RM50 dari poket syarikat.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai sahaja di Ulu Legong, makanan tengahari telah disediakan dan pelajar mula check in.


Jom bertolak...

Aktiviti 2 : Full of Air
Setiap syarikat diberikan belon dan dikehendaki memenuhkan belon dengan air. Syarikat yang paling banyak air dan berat, menerima RM100 sebagai ganjaran. Manakala yang paling sedikit dikenakan denda sebanyak RM50. Setiap syarikat perlu membawa ke mana sahaja sebagai password.


Penuhkan Belon anda...with air or Air???


Naper plak ada yang minum air...???

Aktiviti 3 : Reporting
Setiap syarikat perlu melaporkan bagi aktiviti 1 yang dilaksanakan dalam bas. Di sini peserta berkebolehan dalam mempersembahkan laporan dalam suasana yang menarik dan menghiburkan. Tahniah.



Sanggup pegang dari keluarkan RM50 .. perniagaan kami mengalami kerugian..peserta kali ni lebih berhati-hati dalam perbelanjaan

Aktiviti 4 : Wheel of Accounting
Putaran roda..dapat wang dan kereta. Namun nilai tertinggi hanya RM800 sahaja. Setiap peserta diberikan soalan berkaitan perakaunan kewangan, pencukaian, pengauditan dan perakaunan pengurusan. Ternyata peserta ramai yang 'terlupa' ajaran lalu..wake up...

 

Putar jangan tak putar..Cik Danizah, En Nizan dan Cik Suraya bersungguh menjayakan
Wheel of Accounting

Aktiviti 5 : Wet Wet Wet
Senamrobik..setiap syarikat diberikan tema masing-masing..ada sedih, romantik, hindustan, rock, dan sebagainya..ada yang komplen senamrobik menyakitkan badan sebab yang tunjuk ajar tidak professional..ada juga yang gembira tidak terhingga..nyaris pengsan sebab mengalami kesesakan nafas..tapi tindakan pantas..peserta tersebut dibawa ke klinik dan kembali sembuh dan mampu meneruskan aktiviti pada malamnya.



Ayuh senaman sambil sedih..tapi gelak..


Pengarah projek dan Encik Nizan..senyum jer

 

Lor..dok jer ker...

Aktiviti  6 : Jom Heboh
Setiap syarikat diberikan tema untuk membuat persembahan..ternyata amat berbakat..sungguh tidak disangka..namun menghiburkan. Setiap syarikat perlu membuat persembahan mengikut perkataan perakaunan yang diberikan dan permarkahan diberikan kepada juri. Akhirnya syarikat yang mempersembahkan Dikir Barat Perakaunan memenangi tempat pertama. Namun setiap syarikat lain juga tidak kurang hebatnya. Syabas.


Juri..tepat dan adil..dari kiri Encik Hafiz, En. Nizan, En. Ashraf dan Puan Khairul Bariyah


Masa kita berhibur...let's do it


Pemenang malam Jom Heboh...memang best, kreatif dan menghiburkan

Hari ke dua pada 1.4.2010..



Explorace

Aktiviti 7 : Explore the Accounting
Terdapat 6 Check Point perlu diselesaikan oleh pelajar. Check Point 1 - Pintu Masuk, 2 - Papan Tanda, 3-Bilik, 4-Surau, 5- Dewan Makan dan 6-Dewan.  Setiap Check Point diselia oleh fasilitator dan AJK. Bermula 8.45 am berakhir pada 11.00 pagi.


Kreatif..


Dah selesai..legaaaaaaaaa

Aktiviti 8 : Reporting
Syarikat dikehendaki untuk membuat laporan dan persembahkan produk yang dihasilkan di Check Point 4 dan 5 yang telah dibuat untuk dedikasi pensyarah. Ternyata pelajar mampu berfikir yang lebih kreatif dan lebih kritis. Persembahan lebih menarik dan menghiburkan. Namun masih terdapat syarikat yang belum mampu membuat persembahan dengan baik.


Ha ni spec untuk En Hafiz...ni cara nak pakai k..


Ni hantaran..sesuai dengan student last sem kan..


Lakonan berkesan..ni la caranya nak meminang..
ni sebab kena present hantaran dibuat di Check Point 3


Dedikasi kepada Fasilitator..


AJK..kena buat juga..ingat boleh dok saja..

Aktiviti 9 : Graduation Day
Setelah dinilai segala perekodan dan markah bonus, syarikat Naz & Co telah mendapat tempat pertama dengan nilai hamper RM1,200 dan cheque bernilai RM2 juta.


Naz & Co ... mudahan menjadi kenyataan


Tempat kedua...tahniah..paling tepat penyediaan akaun..



Semua pemenang..tiada pengalah...

Alhamdulilah semua selamat. Tepat jam 2.30pm kami bertolak balik ke Politeknik. Semoga semua pelajar mendapat manfaat dari semua aktiviti yang dilaksanakan.



Jom balik...wah gembiranyaaaaaa
 
Antara komen pelajar :

A) Bilik - Komen hanya diberikan kepada bilik air yang kekurangan air (perlahan) dan bilik air kurang.

B) Aktiviti - ada yang mahu perlu ditambah dengan jungle tracking dan aktiviti yang lebih mencabar, soalan yang diberikan lebih kepada pelajar diploma sahaja, aktiviti menarik dan sesuai dengan perakaunan. Ramai yang mencadangkan hari perkhemahan ditambah dari 2 hari 1 malam kepada 3 hari 2 malam.

C) Makanan - Tiada masalah, cuma bagi pelajar bukan Islam perlu diambil perhatian. Terdapat juga menyatakan makanan tidak sesuai dengan selera. Pelajar memohon lebih minuman kerana aktiviti yang dijalankan begitu padat. Kami dah bekalkan 4 botol seorang..masih tak cukup! Ada yang cadangkan BBQ..maaf kos mahal...


Makan..syukur mujur dapat makan free

Sedap je Encik Hafiz makan...emmm yummy
  
D) Tempat - semua pelajar menyatakan tempat tersebut amat sesuai dan mendamaikan.

Suasana di sekitar Ulu Legong, Baling Kedah

E) Lain-lain - Pensyarah sporting [mestilah kan]..ada yang tidak berpuas hati sebab pensyarah tak buat persembahan..maaf yer len kali..


Terima kasih kepada semua pensyarah @ Fasilitator..jumpa lagi di ABC-3


Apa pun komen pelajar untuk ABC-2 kami akan usahakan untuk meningkatkan lagi di ABC-3...dimana apa aktivitinya..yang pasti lagi gemparrrrrrrrr...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...