ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Tuesday, February 16, 2010

Jom Mengundi

Pilihanraya Kampus datang lagi! Calon2 sibuk bermanifesto. Macam2 janji yang tatau boleh dilaksanakan atau hanya janji bagi memancing undi. Kita tengok bila dah terpilih nanti. La ni kita layan sekitar majlis manifesto calon pada 10 Februari (Rabu) yang lepas.



Tak sempat nak ambil gambar semua calon sebab saya ada kelas. Antara calon2 yang bertanding.



Macam2 gaya nak memancing undi.



Orang kuat Pilihanraya Kampus bagi Jabatan Perdagangan, Cik Aida Zuraina.



Antara lecturer2 yang turun memberikan sokongan ketika majlis manifesto.




Di sekitar pencalonan MPP, semua pelajar2 dikehendaki untuk mendengar manifesto calon2 supaya mereka mengenali calon2 yang akan diundi nanti. Takderlah jadi undi sembrono ja nanti.


K, kita nantikan keputusannya nanti. Akan diupload setelah selesai Hari Mengundi nanti. Buat masa sekarang PSP akan dilanda demam poster. Jangan lak ada yang ambil kesempatan curi gambar calon2 sebab dah lama minat dalam diam...hehehe......



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...