ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Tuesday, January 12, 2010

SELAMAT DATANG 2010

Menjelang tahun 2010 bermakna sudah masuk tahun ke 5 Kelab Perakaunan PSP ditubuhkan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan bantuan Pensyarah dari Jabatan Perdagangan terutama kursus Perakaunan serta keterlibatan ahli yang terdiri dari Diploma Akauntansi (DAT) dan mulai tahun 2009  ia mula disertai oleh pelajar Sijil Penyimpanan Kira (SPK). Kini kami dikenali NOPAC (Northern Polytechnic Accounting Club) mulai tahun 2008 lagi.

Oleh itu diharap menjelang tahun 2010, NOPAC ini akan lebih aktif dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang memberikan impak kepada jasmani, emosi, rohani dan insaniah di kalangan pelajar. Terima Kasih kepada semua yang membantu.

Semoga 2010 memberikan rahmat dan kecemerlangan kepada kita semua.



Majlis Perasmian MSK Sesi Jan 2010



Lecturer



Pegawai Tertinggi di PSP



Pelajar baru..Sesi Januari 2010



Timbalan Pengarah (Akademik) PSP..baru lagi ni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...