Minggu Orientasi sesi Januari 2010 berakhir pada Jumaat 15 Januari 2010. Selalunya hari terakhir minggu orientasi pelajar akan diagihkan ikut Jabatan masing2. So hari Jumaat tu aktiviti bermula ngan senamrobik. Kasi longgar semua sendi2 sbb sat lagi nak keje keras.
Lepas semua sendi dah longgar, jom kita wat keje...zassssssss..............
Lepas solat Jumaat, ada sesi berkenalan di antara pelajar baru dengan pensyarah di Jabatan Perdagangan. Lokasi majlis di Puasat Islam.
Semuanya memberikan senyuman yang manis, Puan Norwani, Puan Faizah, Puan Masitah dan Cik Norhayati. (Untuk gambar ni kredit kepada Puan Noris sebab ambil dari blog dia)Diharapkan semua pelajar dapat menetapkan tekad dan impian untuk berjaya apabila datang ke Politeknik Seberang Perai. Dengan tekad dan impian yang suci untuk menambahkan ilmu sepertimana ketika mula menjejak kaki ke pintu pagar PSP, Insyaallah kalian akan berjaya. Pandai2lah membawa diri tanpa keluarga di sisi. Carilah teman yang boleh mendatangkan kebaikan bukannya teman yang mengheret kamu jauh daripada kebaikan. Hormatilah pendidik anda, jadikanlah mereka tempat bertanya bukan tempat untuk mengata.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)