ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Friday, October 16, 2009

ACCOUNTING BOOT CAMP SIRI 1

Accounting Boot Camp (ABC) Menyerlahkan
Kreativiti Dan Komitmen Pelajar DAT, PAT dan SPK
Disediakan oleh : Adiebah Ahmad
adiebah@psp.edu.my

YAN : Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) merupakan kelab yang disertai oleh semua pelajar program Diploma Akauntansi (DAT), Diploma Akauntansi Intergrasi (PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) telah mengadakan satu program iaitu Accounting Boot Camp (ABC) yang dilaksanakan di Kem Kenari Nature Park, Yan Kedah Darul Aman. Program perkhemahan yang berkonsepkan perakaunan itu berlangsung selama dua hari mulai 7 Oktober dan berakhir pada 8 Oktober 2009. Peserta seramai 70 orang itu terdiri daripada pelajar semester akhir yang diagihkan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 10 orang setiap kumpulan. Seramai 10 orang lagi dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) untuk membantu fasilitator dalam menyelaraskan setiap aktiviti yang dijalankan.


Cik Suraya, Puan Sarimah dan Cik Danizah..orang kuat ABC


Dengan tema “Ability to be confident, Creative & Excellent”, ABC ini merupakan siri 1. Objektif ABC ini adalah untuk; melahirkan pelajar yang aktif, kreatif, inovatif dan cemerlang dalam proses penyelesaian masalah ; melibatkan diri dalam aktiviti yang bermanfaat serta berfaedah dan meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dikalangan pelajar DAT dan SPK apabila menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah perakaunan seramai 12 orang yang dilantik menjadi fasilitator. Setiap kumpulan dibekalkan token dalam bentuk duit kertas RM100 dan RM50 berjumlah RM2,000.


Slot 1 (Double Entry with Luca Paciolli) bermula di dalam bas lagi. Pelajar dikehendaki menjawab soalan mudah berkaitan dengan perakaunan dan pelajar dikehendaki membuat lejar dan seterusnya Imbangan Duga.

Sejurus selepas pelajar tiba di Kem Kenari, jawapan dikutip dan diperiksa oleh fasilitator. Slot 2 (A Gift for Luca Paciolli) pelajar dikehendaki membentuk barangan yang kreatif dan inovatif daripada kotak. Pelajar hanya disediakan kotak sahaja, manakala barangan lain seperti gunting, marker, masking tape dan lain-lain disewakan dengan harga RM100 setiap barangan. Kreativiti pelajar terserlah apabila mereka mampu menyediakan lampu beraroma terapi, rumah, apron ajaib, inovasi laptop yang mempunyai keselamatan yang tinggi, kipas angin inovasi tinggi dan Giant Calculator, CD - Accounting System serta rak kasut. Kumpulan 2 telah dinobatkan sebagai kumpulan paling kreatif apabila mereka mampu menghasilkan 3 barangan dan diberikan RM500 sebagai bonus, manakala persembahan paling menarik (good presenter) adalah daripada Kumpulan 4 diberikan RM100 sebagai saguhati.

Antara barangan yang dicipta..kreatif juga pelajar kita..cuma kurang fikir luar kotak sket la..mau lagi bagus n inovatif..

Slot 3 (Happy Hour with Luca Paciolli) merupakan slot persembahan pelajar. Di sini pelajar diberikan bentuk persembahan yang perlu dilakukan iaitu lakonan bisu, pertunjukkan fesyen, tarian seloka, lakonan iklan, dikir barat dan boria. Semua kumpulan telah menunjukkan persembahan yang amat menarik dan diberikan RM200 sebagai saguhati, manakala kumpulan 4 telah mendapat tepukan yang gemuruh diberikan RM200 sebagai bonus. Setiap kumpulan turut dilantik untuk menjaga kebersihan dewan, surau, disiplin, kerohanian, dewan makan dan keselamatan. Kumpulan yang tidak menjalankan tugas didenda RM100 bagi setiap kesalahan.



AJK pun tidak lepaskan peluang nak performed...Kumpulan 1 tengah mempersembahkan boria


Pertunjukan fesyen..dulu, kini dan masa depan...persembahan iklan..berbakat budak2 ni



Persembahan dikir barat n tarian..keras kejung juga tapi sporting la...

Slot 4 (Wet Wet Wet), pelajar perlu merancang senam robik tradisional dan kumpulan 4 telah dinobatkan sebagai pemenang apabila mampu memberikan persembahan aerobic yang menarik dan menghiburkan. Kumpulan ini dihadiahkan RM500 sebagai pemenang. Manakala Kumpulan 5 telah dinobatkan sebagai kumpulan Paling Sporting diberikan RM200 sebagai saguhati. Manakala setiap kumpulan juga diberikan RM50 sebagai saguhati. Setiap kumpulan dikehendaki merekod setiap penerimaan dan perbelanjaan yang dibuat. Slot 5 (Luca Paciolli Meeting), adalah masa untuk setiap kumpulan mempersembahkan akaun akhir (Penyata Aliran Tunai) dan fasilitator mengaudit setiap perekodan tersebut. Setiap kumpulan berjaya membuat akaun tersebut dengan baik sekali dan tepat.


Kumpulan aerobik terbaik (Kump. 4) dan kumpulan paling sporting (Kump. 2)...

Slot 6 (Graduation Day) ini adalah untuk penganugerahan kumpulan terbaik. Penilaian akhir adalah berdasarkan kepada baki akhir akaun setiap kumpulan termasuk ujian sebelum dan selepas program, tingkah laku pelajar, corak persembahan akaun aliran tunai dan komitmen pelajar. Kumpulan 4 telah dinobatkan sebagai Kumpulan Terbaik dengan membawa pulang cek bernilai RM1 juta dan hamper, manakala Farah Faidah Bt Mohamad Fadzlah telah dinobatkan sebagai peserta paling dedikasi.



AJK
Kumpulan 6



Juara..Kumpulan 4



Kumpulan 2




Kumpulan 3



Kumpulan 5


Kumpulan 1

Peserta dan Fasilitator

Meskipun program ini dijalankan dalam masa yang singkat, namun pelajar telah menunjukkan keupayaan yang tinggi, kreativiti yang baik dan mewujudkan pelajar yang cemerlang. Diharapkan ABC siri 2 akan lebih berkesan. Ucapan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua pelajar dan fasilitator yang terlibat iaitu Puan Noorul ‘Ashikin, Puan Sarimah, Puan Mariam, Puan Salinah, Puan Suriani, Puan Isratun, Puan Juliana, Cik Suraya, Puan Norwani dan Puan Nor Azila kerana memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...