ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Monday, March 21, 2011

SEKITAR KONVO & EDU FEST @ PSP

KONVOKESYEN KE 11 & EDU FEST PSP
TARIKH : 20-21 MAC 2011
GERAI : DI PARKING BERSEBELAHAN DSM
EDU FEST : KANTIN PSP

Cik Das di gerai DAT6C..jual nasi kerabu, char keow teow ...memang sedaplah...

Kerjasama dalam memastikan semua berjalan lancar....bagus2..

SPK 4...jual ice blended dan ais krim....

DAT 6B...jual ice blended, ice cream juga dan home made cocholate...persaingan sihat...

Pelajar usahawan JKM...

Incubator..Syafiqah berniaga Roti Himpit Ayamas...beliau juga konvo tahun ni...tahniah dan semoga berjaya...

DAT6A..juga nasi ayam golek...

Haaa...ni la tukang membakar..tengok ayam2 tu...siap dipanggang...

Kerjasama dari teman sekelas...


Jual bunga dan cenderahati kepada para graduan...comei2 semuanya...

Jeruk pun ada...ni kelas DAT6A




Kelas DAT6B jual cenderahati dan bunga juga kepada para graduan...


Ni pun DAT6B....

Urusetia dan Kelab Keusahawanan jual air kelapa dan keropok lekor....


Pertandingan mewarna terbuka...untuk kanak2 jer bersebelahan khemah jualan
 
Edu Fest...corn separation unit..mesin untuk mengasingkan jagung..inovasi pelajar JKM..




Pameran Projek Perniagaan...DPM
 
Persembahan Pasukan Dikir Barat PSP...memang bestlah...

Bekas NOPAC's Member...PAT6B

Syafiqah...ex DAT6B

Ex DAT 6A dan 6B...tahniah..yang pakai pingat tu sebab dia dapat AKJ...

Selesai dapat sijil sebenar....tahniah kepada semua bekas ahli NOPAC

Beratur mengambil sijil...

PAT6B..tidak ketinggalan menghadirkan diri walaupun dah dua kali...bagus2...dulu sijil sekarang diploma...


Cik Ayu pensyarah DAT baru....bersama bekas pelajar PAT6B

Gerai Konvo dikendalikan oleh AJK Gerai dan Kelab Keusahawanan PSP. Semua penyertaan adalah dikalangan pelajar yang mengambil kursus KEUSAHAWANAN seperti DAT 6, SPK4, SPP4, DPM3 dan dari pelajar JKM, JKE dan JTMK....

Kepada semua graduan...tahniah daripada tenaga pengajar Diploma Akauntansi...semoga cepat dapat kerja dan semoga berjaya di dalam semua bidang yang diceburi..

Kita jumpa lagi KONVO ke 12 pula...mungkin kita boleh aturkan ALUMNI NOPAC pula selepas ini..insyaAllah...jumpa lagi

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAT6A SESI DIS 2010

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NOR ARFA BATIK CRAFT COMPLEX KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Disediakan oleh DAT6A



Pada 29 Januari 2011 bersamaan hari Sabtu telah berlangsung lawatan sambil belajar. Kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 13 orang bagi tugasan di Pasar Payang dan 13 orang lagi ditugaskan di Nor Arfa Batik Craft Complex. Pada pukul 9.30 pagi kami telah tiba ke Nor Arfa Batik untuk melawat dan melaksanakan tugas yang dikehendaki sehingga jam 11.00 pagi. Seramai 29 orang pelajar Diploma Akauntansi (Dat 6A) bersama 3 orang pensyarah pengiring telah terlibat dalam lawatan ke Nor Arfa Batik untuk melihat sendiri operasi perniagaan mereka.



Setibanya diperkarangan Nor Arfa Batik Craft Complex kami telah disambut oleh kakitangan disana dan Cik Suhada selaku pengiring yang telah memberikan serba sedikit penerangan mengenai operasi perniagaan dan mengenai proses penghasilan batik, walaupun demontrasi pembuatan batik tidak dapat kami lihat kerana masalah cuaca yang menghalang proses mencanting batik kami dapat mengetahui serba sedikit dengan cara melihat peralatan-peralatan yang terdapat disana dan melalui carta aliran pembuatan batik serta penerangan yang diberikan oleh Cik Suhada.


Disamping itu, kami telah juga melihat sendiri proses melakar corak batik bagi kain pasang secara berkomputer oleh salah seorang Pereka Batik disana. Setelah itu, kami dibawa meninjau pusat jualan Arfa Batik untuk melihat pelbagai produk yang dijual antaranya baju Batik lelaki dan wanita, baju kaftan, tudung, cenderahati dan hasil-hasil kraf tangan yang lain.


Dalam pada itu, kami juga telah melawat tempat mengukir Kristal yang mana boleh dihasilkan dengan masa yang singkat iaitu 15 minit sahaja, Kristal tersebut akan diukir mengikut citarasa pelanggan contohnya ukiran nama, bunga, binatang dan lain-lain dengan harga yang berpatutan. Disana juga para pengunjung diberi peluang untuk mewarnakan lukisan batik sendiri dengan bayaran RM10 dan pengunjung boleh melihat sendiri demonstrasi pembuatan bakul mengkuang oleh kakitangan Nor Arfa Batik.


Akhir sekali, kami mengambil kesempatan didalam lawatan ini untuk mengambil gambar beramai-ramai di sekitar Arfa Batik sebagai tanda kenang-kenangan disana.


Kesimpulannya, melalui lawatan ini kami dapat melihat sendiri operasi perniagaan yang dijalankan di Arfa Batik Craft Complex, ini merupakan pengalaman berharga yang boleh kami aplikasikan dalam subjek keusahawanan.


LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PASAR PAYANG KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Disediakan oleh DAT6A
Pada 29 Januari 2011 bersamaan hari Sabtu telah berlangsung lawatan sambil belajar bertempat di Pasar Payang Kuala Terengganu, Terengganu pada pukul 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang. Seramai 29 orang pelajar Diploma Akauntansi (Dat 6A) bersama 3 orang pensyarah pengiring telah terlibat dalam lawatan ini.

Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 13 orang pelajar telah ditugaskan untuk menemuramah para peniaga di pasar tersebut mengenai perniagaan mereka. Hasil daripada lawatan tersebut kami telah menemuramah Encik Syed Saiful Azhar yang merupakan pengasas kepada Terengganu Batik Galery yang menjual kain sutera dan juga batik. Menurut pengasasnya kedai ini telah ditubuhkan pada tahun 1984.

Bekalan kain diambil dari kilang di Bukit Tunggal, Terengganu. Rekaan pada batik dan sutera hasil daripada campuran corak kilang lain. Corak yang dihasilkan terdiri daripada 200 pasang kain dalam satu corak yang dikeluarkan pada satu bulan. Menurut pengasas pendapatan lebih kurang RM 1 000 000 dalam setahun. Pendapatan akan meningkat apabila musim perayaan. Stok sutera yang tidak dapat dijual akan dibuat baju siap dan kemudian dijual semula.

Pelanggan yang mengunjungi adalah terdiri daripada pelanggan lelaki dan wanita. Kebanyakkan corak yang menjadi pilihan orang muda ialah corak yang eksklusif. Batik yang dihasilkan daripada lukisan tangan berharga paling tinggi iaitu RM 300 yang berjenama Nisha Eksklusif manakala paling murah RM 110. Tahap kualiti batik terdiri daripada tiga tahap iaitu nombor satu paling elok kerana tiada campuran polister, nombor dua kasar kerana dicampur dengan polister dan nombor tiga banyak campuran polister.

Sutera dihasilkan dari ulat sutera yang berasal dari China. Benang sutera diperolehi dari China itu dibuat kain sutera. Pada masa tertentu harga benang sutera meningkat disebabkan ulat sutera tidak dapat membiak dengan baik.

Kesimpulannya, hasil lawatan tersebut maklumat yang diperolehi dapat kami gunakan dalam subjek keusahawaan. Selain itu, kami juga mengetahui bahawa produk yang dihasilkan adalah bermutu tinggi dan setanding dengan kualiti produk luar negara dari segi hasil tangan yang halus, corak yang pelbagai dan memenuhi kehendak dan citarasa setiap lapisan masyarakat.


PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI TAMAN TAMADUN ISLAM(TTI) KUALA TERENGGANU
Oleh :Siti Lailah Binti Mamat

Pada 29 Januari 2011 hari Sabtu telah berlangsungnya program lawatan kebajikan masyarakat bertempat di Taman Tamadun Islam pada pukul 5.00 hingga pukul 6.00 petang oleh pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai. Seramai 29 orang pelajar yang terlibat adalah pelajar Diploma Akauntansi (Dat 6A) semester akhir. Kerjasama dan hubungan baik dengan pihak TTI dapat membantu menjalankan program ini dengan jayannya. Antara program yang telah dijalankan adalah membersih kawasan TTI seperti mencabut rumput, menyapu sampah, mengemop lantai dan lain-lain. Disamping itu pelajar-pelajar didedahkan dengan sikap bekerjasama, tolong menolong dan hormat menghormati antara pelajar dengan masyarakat di kawasan TTI. Diharap dengan adanya lawatan ini, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kekeluargaan diantara pelajar- pelajar dengan pensyarah-pensyarah serta dengan masyarakat setempat. 

Thursday, March 17, 2011

SEMINAR AUDIT

SEMINAR AUDIT (SEMPENA MINGGU AUDIT DAN CUKAI)
Anjuran : DAT Semester Akhir (tertunda)
Tempat : DKU
Masa : 2.30 - 5.00 petang

Penceramah dari AJ Isma..Perda

Pensyarah yang turut hadir...Puan Norwani, Puan Masitah dan Cik Norhayati...


Tekun mendengar..penganjur DAT6A
 

Penerangan dan perkongsian pengalaman sebagai auditor amat berguna...

Puan Noorul (Ketua Program DAT) dan penasihat Seminar Audit Puan Rasyidah...terima kasih

Ni dengar ke main hp???

Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penceramah...lain kali boleh buat lagi..kali ni simulation plak ok...

Alhamdulilah..Seminar Audit berjalan lancar..kepada semua pelajar DAT6 semoga berjaya selepas ini menjadi AUDITOR yang professional...

Tahniah kepada penganjur iaitu DAT6A dan semua ahli NOPAC Sem 6..jumpa lagi di Minggu Audit dan Cukai untuk Sesi akan datang...insyaAllah

EDUFEST SEMPENA KONVO KE 11


JOM EDUFEST PSP
Tarikh : 20-21 Mac 2011 (Ahad dan Isnin)
Masa : 9am -4 pm
Datang beramai-ramai ke Kantin PSP dan UIDM

Datang jangan tak datang...macam2 ada...pameran projek pelajar sem akhir dan pelbagai lagi..tengok dalam banner...

Tuesday, March 15, 2011

KONVO KE 11 @ PSP


Tarikh : 19-21 Mac 2011
(Reheasal & Konvo)

Aktiviti Menarik :
GERAI KONVO disertai oleh pelajar-pelajar PSP (yang sedang mengambil kursus KEUSAHAWANAN) bakal memeriahkan lagi sambutan Konvo kali ke 11 ini. Julung kali diadakan dan dibuka untuk pelajar sahaja dalam usaha meningkatkan minat dan pengetahuan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Semoga berjaya.

Persembahan daripada pelajar juga di tapak Gerai Konvo...

Tempatnya di parking kenderaan bersebelahan dengan DEWAN SERI MUTIARA PSP.

Jangan lupa datang kerana pelbagai barangan, makanan dan minuman disediakan untuk semua pengunjung dari 7 pagi hingga 6 petang...

Terima Kasih...sokonglah pelajar anda dan berilah sokongan kepada pelajar kami...

Sunday, March 13, 2011

AUDITING & TAXATION WEEK @ PSP

Sekitar di Minggu Audit dan Pencukaian di PSP..anjuran pelajar Sem akhir DAT...Disember 2010...julung kali diadakan dan merupakan projek inovasi P&P..tahniah kepada Encik Hafiz sebagai tunggak utama dibantu oleh Puan Adiebah, Cik Azizah, Puan Noorul 'Ashikin, Encik Khairul Nizan dan Puan Rasyidah...

Ni masa Pameran 2 dan 3 Mac 2011

4.3.2011 : Majlis Perasmian oleh Puan Hajah Hasnah Binti Muhammad, Ketua Jabatan Perdagangan

Aktiviti Speaker Corner "Take Your Challenge" : Peserta dikehendaki bercakap tentang Audit dan Tax selama 7 minit...


Ni dikendalikan oleh Encik Khairul Nizan...tahniah kepada Ainur Hana dari DAT6B yang memenangi contest ini...

Petang 4 dan 5 Mac 2011 : Simulasi Cukai...perbentangan tentang Pengiraan Cukai Syarikat..

Tahniah kepada DAT6C kerana mendapat markah tertinggi...

Simulasi Cukai dikendalikan oleh Puan Adiebah dan dibantu oleh Juri lain Cik Azizah, Puan Noorul dan Encik Khairul Nizan...


Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada DAT 6E sebagai tunggak AJK utama yang dibantu oleh DAT6A, 6B, 6C dan 6D...

Kita jumpa lagi....semester depan...

Surprise Birthday to Puan Hasnah...hehehe..tahniah mudahan dipanjangkan umur...birthday 5 Mac...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...