ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Sunday, December 19, 2010

ABC-3

Bagi meningkatkan keyakinan diri, melahirkan pelajar yang lebih aktif, kreatif, inovatif dan cemerlang, kami NOPAC telah mengadakan satu program iaitu Accounting Boot Camp Siri 3 pada 20 Oktober 2010 di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas Pulau Pinang. Program ini telah dikendalikan oleh Pensyarah Perakaunan PSP sebagai fasilitator dan pelajar sebagai koordinator.


Program di bawah seliaan NOPAC ini terdiri daripada aktiviti holistik yang merangkumi slot ceramah motivasi permainan kreatif, perbincangan, perkongsian informasi, pemikiran kritis dan lain-lain yang berkaitan dalam melahirkan pelajar beriman, berbudi, cemerlang berbakti.

Antara objektif-objektif ABC-3 adalah :

1) Melahirkan pelajar yang aktif, kreatif, inovatif dan cemerlang dalam proses penyelesaian masalah
2) Melibatkan diri dalam aktiviti yang bermanfaat serta berfaedah
3) Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dikalangan pelajar DAT dan SPK apabila menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

Pengisian program ABC-3 adalah :

Slot 1 : Wheel of fortune
Slot 2 : Accounting Explorace


Peserta diagihkan kepada kumpulan yang terdiri daripada 10 orang 1 kumpulan

Wheel of Fortune..peserta dikehendaki memilih soalan berkaitan perakaunan dan menjawab

Sesi menjawab..salah denda





Slot 2 : Explorace..peserta mendapatkan clue daripada fasilitator

Scoreboard..Puan Suriani tengah audit markah

Pengarah Projek ABC-3 

Yes menang..tahniah

Fasilitator dan peserta bergambar kenang-kenangan di hadapan lobby Hotel Seri Malaysia

 ABC-3 telah disertai oleh 80 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar semester akhir DAT/PAT dan SPK. Semoga berjumpa lagi di ABC-4 sesi Disember 2010.

Wednesday, December 8, 2010

SESI DISEMBER 2010

Selamat datang kepada pelajar baru Sesi Disember 2010..semoga belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...