ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Friday, November 19, 2010

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA

Mulai 12.11.2010 semua pelajar tamat peperiksaan bagi sesi Julai 2010. Alhamdulilah semua berjaya menjawab dengan baik dan boleh check result sendiri menerusi web psp iaitu www.psp.edu.my/pspweb selapas dua minggu peperiksaan tamat.

Kepada semua selamat bercuti. Saya amat mengharapkan pelajar DAT/PAT/SPK yang telah melaksanakan aktiviti bersama Penasihat Akademik boleh memberikan gambar dan cerita tentang aktiviti yang anda laksanakan supaya saya boleh memasukkan dalam blog ini. Kebetulan saya adalah PA kepada DAT maka banyak gambar ada saya jer..jangan marah! Tapi anda boleh juga..tapi jumpa saya dan berikan gambar anda semua. InsyaAllah saya akan masukkan disini.

Selamat datang kepada Sesi Januari 2011...

Tuesday, November 16, 2010

GUA TEMPURUNG & KELLIE'S CASTLE

Pada 12.11.2010 baru-baru ni..kelas DAT5B ke Gua Tempurung untuk tracking..ada laluan tangga n air bawah gua..permandangan di sepanjang dalam gua gelap gelita namun ada lampu tetap suram..banyak tinggalan sejarah yang boleh disaksikan didalamnya seperti penempatan komunis dan sebagainya. Di samping itu terdapat hakisan air dan angin menyebabkan batu di dalam gua membentuk pelbagai bentuk seperti ayam, gajah, kucing, dan sebagainya...nak tau lebih lanjut p sendiri ok...






Daki guna anak tangga..semput juga kalau tak fit..






Perlu sediakan lampu suluh kerana dibahagian bawah..gelap

Cik Das...merangkak juga nih..

Perlu merangkak atau kuar lentang...

Lencun..bukan dengan peluh jer tapi air dalam gua..

Masuk dalam lubang yang hanya muat seorang jer...tak kisah saiz S M L XL..yang besar tak sangat2 jer tak ble masuk...





Menarik bukan...next kami p Kellie's Castle...ader hantu ker...emmm tak jumpa pulak..g pun p siang kan...



Pokok Beruang..Bear Tree

Macam kat oversea kan..heheh

Dalam ruangan makan...

Salah satu anak tangga rahsia...

Atas atap istana tu...

Pemandangan...kawasan ladang yang dulu milik Kellie..


Tiga gadis pingitan...

Kellie's Castle merupakan istana yang tidak sempat disiapkan kerana pemilik telah meninggal dunia..beberapa misteri juga sering dilihat apabila anak perempuan Kellie dikatakan muncul dengan bayangan putih...nasib kami tak jumpa pun...seramnyakan...

Thursday, November 11, 2010

BOWLING DAT5B

 Tempat : Summit Bowl Centre, Bukit Mertajam
Tarikh : 30.7.2010
Anjuran : DAT5B

Satu perlawanan bowling diadakan di Summit Bowl Centre BM pada 30.7.2010 yang dianjurkan oleh DAT5B iaitu Program Bersama PA. Perlawanan yang julung kali diadakan oleh DAT5B selepas pulang dari menjalani Latihan Praktikal.

Pemenang Pertama

Pemenang Kedua

Pemenang Ketiga

Bowler  Terbaik Lelaki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...