ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Wednesday, November 11, 2009

KEEP THIS PLANET CLEAN


Tarikh : 11 November 2009
Masa : 8.00 - 12.00 tengahari

KEEP THIS PLANET CLEAN merupakan tema hari gotong royong Perdana yang dianjurkan oleh PSP oleh Jabatan Perdagangan. Program ini melibatkan semua pelajar dan pensyarah dengan mengadakan hari pembersihan dan keceriaan di JP. Seramai 1404 orang pelajar dan 60 orang pensyarah yang terlibat dalam operasi membersihkan sekitar JP. Setiap kelas diselia oleh PA masing-masing dan mengikut kelas yang ditetapkan. Program ini diklasifikasikan sebagai berjaya. Diharap penghuni JP tidak lagi membuat kotor dan sentiasa memastikan JP sentiasa ceria dan bersih.


Encik Azahar sedang memberikan penerangan dan arahan kebersihan kepada pelajar DAT 3B


Suasana hari KEEP THIS PLANET CLEAN..semua bekerjasama dan melakukan kerja dengan semangat GOTROY


Pelajar DAT 3B sedang mengemaskan ruangan bacaan Bilik Pensyarah Kiri..terima kasih.


DAT 5A sedang membersihkan papan kenyataan yang meletakkan bilangan pelajar di JP


Suasana di dalam pantry dan tempat rehat pensyarah..sedang dibersihkan oleh DAT 5A


Relax setelah habis kerja...DAT3B


Aik tengok jer ker...


Agak2 kat mana kita nak letak barang ni..Encik Azrul sedang seliakan barang lupus..

Alhamdulilah semua selesai..terima kasih kepada semua pelajar dan pensyarah yang terlibat...jasamu di kenang

Sunday, November 1, 2009

NOPAC KE SIDRATUL ENTERPRISE

Lawatan Ke Sidratul Enterprise
29 Oktober 2009
Kuala Kangsar


Seramai lebih kurang 58 orang pelajar NOPAC dan 12 orang pensyarah telah mengadakan Lawatan ke Sidratul Enterprise, di Kuala Kangsar. Sidratul Enterprise merupakan sebuah kilang pemprosesan pelbagai produk termasuk makanan, minuman, kosmetik, ubat-ubatan dan sebagainya. Ia merupakan kilang milik IKS Bumiputera yang mendapat pengiktirafan Islamic Manufacturing Practice (IMP).


Pemilik Sidratul Enterprise


Peserta Lawatan..NOPAC



Khusyuk..n geli hati..



Taklimat dan ucapan aluan oleh pemilik Sidratul Enterprise






Tempat membuat abstrek air Misai Kucing..diwapkan dan dijadikan air Misai Kucing



Di peringkat pembungkusan


Coding menggunakan mesin


Barangan siap dimasukkan di dalam kotak sebelum diagihkan



Barangan siap yang dijual

Selepas Lawatan di Kilang Sidratul Enterprise kami ke Sayon, Kuala Kangsar melihat dan membeli labu sayong..setelah lama tidak pergi sudah ada perubahan dari segi corak dan pattern..inovasi



Encik Azhar di hadapan kedai Labu Sayong



Labu sayong yang masih dalam proses sebelum dibakar




Cara membuat..menggunakan cara tradisional




Hah inilah labu sayong dah inovasi..cantik sangat



Puan Suriani tengah buat tinjauan..



Puan Mariam dan Puan Sarimah tengah survey harga..kena pandai tawar menawar





Kami bertolak pulang ke PSP dalam pukul 5 petang .. di Sidratul, kami turut dijamu dengan Laksa Pak Su (laksa beras), cendol dan Kuih Badak dan Karipap..terima kasih banyak2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...