ABOUT NOPAC

Northern Polytechnic Accounting Club (NOPAC) dahulunya dikenali sebagai Kelab Akauntansi telah ditubuhkan pada tahun 2004 lagi. Ia dianggotai oleh pelajar Diploma Akauntansi (DAT/PAT/QAT) dan Sijil Penyimpanan Kira (SPK) dari semester 1 hingga 6.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha meningkatkan nilai tambahan kepada pelajar program perakaunan PSP.

Dengan wujudnya blog ini, pelajar dan bekas pelajar boleh menggunakan link untuk memperolehi pekerjaan, maklumat tentang perakaunan, pencukaian, pengauditan, keusahawanan, badan-badan kerajaan, politeknik dan sebagainya.

Wednesday, October 28, 2009

DAT 3B KE UUM

UUM : 1st Choice University Bersama PSP
27 Oktober 2009
DAT 3B
Program ‘UUM : 1st Choice University bersama PSP’ merupakan Program Bersama Penasihat Akademik. Program ini dianjurkan oleh bekas pelajar PSP yang sedang belajar di UUM dengan pelajar DAT 3B dari Politeknik Seberang Perai. Pensyarah pengiring adalah Puan Wan Nor Asniza, Puan Norisah dan Puan Adiebah.


Di hadapan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM


Mempunyai pelbagai kemudahan..kepada semua pelajar PSP, anda boleh menggunakan info yang ada di dalam library ni..macam2 ada

Antara objektif adalah :
a) Mendedahkan keusahawanan di kalangan pelajar.
b) Pertemuan dengan bekas pelajar PSP (Jabatan Perdagangan) yang sedang menuntut di UUM
c) Meningkatkan motivasi dan semangat untuk pelajar dalam pembelajaran.



Najhan, Abu, Yati dan Atun antara pelajar JP yang kini berada di UUM
Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Saudara Mohd Najhan (x-DPM), Mohd Syazwan (x-DAT), Sharifah Noraini (x-DAT), Nurul Hayati (x-DAT), Abu Haniffah (x-DAT), Atun (x-DAT) dan seorang bekas pelajar PSA.
Antara aktiviti yang dirancang dan telah berjaya terlaksana dengan jayanya dan izin Allah adalah seperti :
a) Penerangan ringkas berkaitan UUM di Dewan Auditorium, Perpustakaan Sultanah Bahiyah,UUM.



Di hadapan Perpustakaan Sultanah Bahiyah
b) Lawatan di dalam Perpustakaan Sultanah Bahiyah - penggunaan smart card (macam kad matrik) digunakan sepenuhnya untuk masuk, pinjam, pulangkan, pencarian data dan sebagainya. Terdapat mesin pemulangan buku yang dipinjam diluar dan di dalam perpustakaan.
c) Lawatan ke Co-Usahawan di Varsity Mall
d) Penerangan berkaitan dengan kursus yang ditawarkan oleh UUM
e) Penerangan berkaitan dengan INSTITUT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KOPERASI, UUM

f) Lawatan sekitar kampus - sesi dialog bersama bekas pelajar PSP di UUM



Pelajar di dalam DKG 2

g) Lawatan ke Pusat Sukan, UUM - kolam renang, dewan badminton, bilik sauna, ruang basikal, gym dan sebagainya

Penerangan ringkas oleh Pegawai Sukan di Pusat Sukan UUM


Syazwan, Najhan, Puan Wan, Pegawai Sukan UUM dan Puan Norisah



Kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini, terima kasih..Syazwan (semester akhir BAcct (Hons)), Najhan (Semester Akhir Sarjana Muda Muamalat), Puan Adiebah, Puan Wan, Pegawai Sukan UUM, Puan Norisah, Ain (Semester 2, BAcct (AIS), Yati ( Semester 3, B Acct) dan Abu (Sarjana Muda Matematik Pengurusan).

Thursday, October 22, 2009

NOPAC DE OASIS MOON N STARZ

Program Kerohanian oleh NOPAC
7 November 2008
NOPAC De’ Oasis Moon and Starz telah berlangsung dengan jayanya pada 7 November 2008 lalu. Program ini merupakan aktiviti semester bagi Kelab Akauntansi (NOPAC). Program ini disertai oleh pelajar DAT dan SPK bagi semua semester.



Pendaftaran pelajar di luar kawasan Pusat Istiqlal, PSP

Antara aktiviti yang dilibatkan adalah solat berjemaah maghrib dan isyak, solat hajat dan bacaan yassin bagi pelajar muslim. Manakala pengisian bagi pelajar bukan Islam adalah slot motivasi yang diadakan di Bilik Kuliah Jabatan Perdagangan. Penceramah jemputan adalah Puan Norhayati Mohammad dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Seberang Perai. Di akhir program, majlis juga diserikan lagi dengan ceramah motivasi oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ibrahim Bin Yusof dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ,Pulau Pinang.



Ustaz Ibrahim Bin Yusof


Penghargaan kepada penceramah jemputan Ustaz Ibrahim dan Ustazah Norhayati


Turut hadir Cik Danizah, Puan Sarimah dan Puan Hasnah..semua pelajar DAT dan SPK

Pensyarah turut membantu Cik Nor Maizura (sudah berpindah ke Politeknik Ulu Terengganu), Puan Zuhairah (sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Sarjana Perakaunan di UKM) dan Puan Masitah...gambar kanan Puan Mariam membantu untuk teks ucapan MC..


Sementara menunggu Solat Maghrib






Aktiviti Solat Maghrib berjemaah, Solat Isyak berjemaah, Bacaan Yasin, Solat Hajat, Motivasi dan sesi Ceramah



Dua pelajar terbaik dipilih iaitu S. Telliirujithiraa a/p segaran dari SPK dan Mohd Hanif Hamzah dari DAT. Pemilihan adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan kecemerlangan akademik. Aktiviti yang dilibatkan oleh pelajar-pelajar SPK dan DAT berakhir pada pukul 10.30 malam.



Tuan Pengarah sudi hadir terima kasih..





Jamuan makan malam disediakan kepada semua tetamu yang hadir..Cik Azizah dan Puan Noorul bekerja keras bagi memastikan semua jemputan dapat menikmati hidangan dibantu oleh pelajar SPK 4 Sesi Julai 2008

Kepada semua pelajar yang bertungkus lumus menjayakan malam tersebut diucapkan ribuan terima kasih. Tidak dilupakan kepada Tuan Pengarah PSP, Tuan Haji Noor Azahan Othman dan pensyarah perakaunan yang sudi meluangkan masa memeriahkan program ini.



Monday, October 19, 2009

NOPAC vs LECTURER

LET'S BOWL
Tarikh : 28 Mac 2008
Tempat : Megamal Bowling Centre
Anjuran : NOPAC dan Kelab Staf JP
Program dulu-dulu..tak dan nak display..kami buat dengan Kelab Staf JP..accounting student vs lecturer JP..meriah juga..semua lane la kami amik..

Pendaftaran dulu..semua kumpulan ada wakil ada 4 orang students n 1 orang Lecturer..student berhak memilih lecturer kegemaran..masa ni la kita tau betapa students suka ka atau tidak kat kita..heheh

Cari saiz kasut..ikut kesesuaian
Cik Das dengan pasukannya...Puan Sarimah..sengih jer..ble ker jadi juara ni..
Bergambar dulu..main kemudian
Masukkan nama dulu..nampaknya Puan Khairul tak sabar lagi nak melontar bola..
Puan Mariam menunjukkan bakat..yeaaa strike...

Tunggu giliran..posing dulu.
Hanif n Farid ingin menunjukkan kehebatan..ble main?Ble..baling jer
Ni datang jamuan ke nak main..heheheh
Kira betul2 markah..

Kami la juara...

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan..student hepy..lecturer pun happy..semoga program cam ni boleh mengeratkan lagi pelajar dengan pensyarah sekaligus memberikan kesan kepada pembelajaran dan soft skill..insya Allah ada masa dan ruang kita akan buat lagi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...